“Saya Duta Equal Bulan Ini” – Ernie Zakri Hiasi Papan Iklan Gergasi Di New York Times Square Buat Kali Kedua

Hiburan

“Saya Duta Equal Bulan Ini” – Ernie Zakri Hiasi Papan Iklan Gergasi Di New York Times Square Buat Kali Kedua

Buat kali kedua, penyanyi terkenal, Ernie Zakri telah dipilih untuk menghiasa papan iklan digital gergasi di New York Times Square di Amerika Syarikat.

Saya duta Equal untuk bulan ini. Alhamdulillah untuk kedua kalinya. Masih lagi bermimpi.

Menurut Berita Harian, Ernie turut berkata ini merupakan satu perkara yang sangat besar dalam kerjayanya. Padanya, ini merupakan tanda arah baru untuk dia bekerja lebih kuat dan ia dilakukan khas untuk para peminatnya.

Penyanyi lagu Masing-Masing itu merupakan artis wanita tempatan yang berjaya meraih ‘Spotify Monthly Listeners’ seramai 3.1 juta pendengar.

Selain itu, lagu Masing-Masing itu turut berada di kedudukan tangga kelapan dalam senarai Spotify Top 50 Indonesia. Malah Ernie juga merupakan artis wanita yang berada di kedudukan nombor satu paling lama di Carta RIM selama 23 minggu.

Alhamdulillah, lagu ini mendapat tempat di hati semua orang, itu yang paling penting dan terima kasih kepada semua yang suka dengar dan menjadikan Masing Masing dalam ‘playlist’ atau lagu tema dalam ‘live’.

Penyanyi itu juga berkata dia tidak pernah terfikir untuk menembusi pasaran Indonesia dan duduk di carta radio di sana.

Saya ada sasaran. Jadi, kerja-kerja saya menuju ke arah impian dan gol. Untuk mencapai semua ini dalam tahun ini, ia sangat mengejutkan juga. Apa pun, saya bersyukur sebab ada pendengar dan peminat yang sentiasa menyokong karya saya.

Menurut Ernie, lagu Masing Masing versi itu adalah hadiah istimewa buat peminat yang selalu menghargai keindahan lirik dan melodi dalam kesederhanaan.

Versi piano Masing-Masing ini menampilkan kerjasama Ade Govinda dan Nabila V selaku penulis, komposer Ade Govinda sendiri dan diterbitkan oleh William Chow.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Aura (@erniezakri)

Advertisement

ernie Zakri
5 months ago

Wajah Anak Disamakan Dengan Binatang, Ernie Zakri Kurangkan Perkongsian Mengenai Khawla - "Mereka Ni Macam Tak Ada Akal"

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...