33 Tahun Menyanyi Tak Pernah Masuk Kelas Vokal, Demi GV7 Noraniza Idris Sanggup Sertai Untuk Peminat

Hiburan

33 Tahun Menyanyi Tak Pernah Masuk Kelas Vokal, Demi GV7 Noraniza Idris Sanggup Sertai Untuk Peminat

Ratu Irama Malaysia, penyanyi Noraniza Idris mengakui bahawa dia tidak pernah menyertai mana-mana kelas vokal sepanjang hampir 33 tahun berada di industri muzik tanah air.

Dia yang merupakan salah satu artis yang bakal menyerikan lagi pentas Gegar Vaganza musim ke-7 ini berkata ini merupakan kali pertama dia bertemu guru vokal sebagai persediaan untuk menyertai pertanding berprestij itu.

Advertisement

Dalam pada itu, Noraniza Idris yang ditemui media turut berkata dirinya tidak malu untuk mengaku bahawa dia masih perlu belajar dengan lebih banyak lagi dan meneroka irama-irama lagu lain selain daripada irama tradisional Malaysia.

“Sepanjang tempoh 33 tahun dalam industri seni, saya tidak pernah belajar vokal dan ini merupakan pengalaman pertama kali buat saya. Demi GV7 saya akan melalui proses ini saya juga percaya akan berdepan dengan banyak lagi benda-benda baru yang mungkin selaam ini tidak pernah dilakukan,”

Meskipun Noraniza Idris memang dikenali sebagai pejuang tegar Irama Malaysia tetapi di dalam pentas GV7, dia perlu mempersembahkan pelbagai genre lagu untuk peminat.

Mengakui mempunyai misi tersendiri penglibatannya dalam GV7, dia turut mengulas mengenai anggapan sesetengah pihak yang mendakwa dirinya tidak sesuai menyertai acara itu kerana sudah bertaraf ‘legend’ dalam industri.

“Memang saya tak nafikan ramai peminat saya pada mulanya tidak menggalakkan saya menyertai GV7. Saya juga telah beberapa kali menolak tapi akhirnya saya bersetuju untuk sertai kerana mahu sahut cabaran dan memberikan sesuatu yang berbeza buat peminat,”

Penyanyi lagu Hati Kama ini turut memberitahu dia lebih bersikap terbuka dan kini bersedia untuk menerima sebarang komen dan kritikan daripada juri dan netizen sepanjang program ini berlangsung.

Program Gegar Vaganza musim ke-7 bakal bersiaran secara eksklusif menerusi saluran Astro Ria (104) dan Astro Ria HD (124) secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) selama 10 minggu bermula 11 Oktober 2020 ini.

Sumber : Astro Gempak

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...