33 Tahun Chef Wan Tak Lupa Jaga Kebajikan Bekas Isteri

Hiburan

33 Tahun Chef Wan Tak Lupa Jaga Kebajikan Bekas Isteri

Meskipun bekas isterinya Norhayate Ayub, telah menghembuskan nafas terakhir pada Mac lalu akibat komplikasi buah pinggang dan jantung, chef selebriti terkemuka Malaysia, Dato Redzuawan atau lebih mesra disapa Chef Wan berkongsi cerita bersama pengikut di laman Instagram miliknya baru-baru ini.

chef wan

Advertisement

Menerusi perkongsian berkenaan, Chef Wan seakan menyifatkan bekas isterinya itu sebagai seorang wanita yang sangat baik dan lemah lembut.

Walaupun ikatan perkahwinan mereka terlerai kira-kira 33 tahun lalu, namun Chef Wan difahamkan masih menjalankan tanggungjawab menjaga kebajikan bekas isterinya itu.

Menurutnya, ketika beliau berusia 22 tahun, perkahwinan mereka telah diaturkan oleh keluarga tetapi hanya mampu bertahan selama empat tahun sahaja atas alasan tersendiri.

Namun demikian, Chef Wan dikhabarkan telah berjanji di hadapan bekas isterinya bahawa beliau akan tetap menjaga kebajikannya sehingga akhir hayat kerana bekas isterinya itu merupakan ibu kepada anak-anaknya juga.

Katanya lagi, beliau turut memberikan elaun bulanan sebanyak RM5,000 dan turut membelikan sebuah apartment buat bekas isterinya.

Tambah Chef Wan, walaupun wanita itu tidak pernah meminta apa-apa daripadanya dan tidak pernah menyusahkan dirinya, namun beliau sentiasa mahu mewahkannya.

Untuk rekod, Chef Wan melangsungkan perkahwinan bersama Norhayate di usia muda. Namun kecundang apabila kedua-dua pihak memutuskan untuk bercerai selepas empat tahun berkahwin. Hasil hubungan ini, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Serina dan Muhammad Nazri.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...