Sabtu lalu, telah berlangsung dengan gilang gemilangnya majlis Anugerah Blockbuster 2012 buat pertama kali. Boleh dikatakan majlis berjaya dikendalikan dengan lancarnya oleh 3 orang hos iaitu Lisa Surihani, Afdlin Shauki dan Zizan. Antara keputusan yang menarik ialah kemenangan Zizan mengatasi Aaron Aziz untuk Anugerah Hero Terhebat.
Persembahan-persembahan yang ditampilkan juga tidak kurang menariknya dengan nama-nama besar seperti Erra Fazira, Ziana Zain, Zamani Slam dan Amy Search tampil ke atas pentas. Abang Nara suka dengan pemberian trofi tanpa pemenang perlu berucap kerana ternyata ianya menjimatkan banyak masa. Thumbs up kepada penganjur untuk langkah berani ini.
Lagi 31 keping gambar sekitar malam Anugerah Blockbuster 2012 dengan membaca entri ini sepenuhnya. Kredit gambar kepada Redmummy dan Lawa Photography.
P.S: Mahu ke Korea tetapi masih tidak berjumpa dengan travel agency yang meyakinkan? Jangan risau kerana PelangiBonda yang sudah berpengalaman selama 10 tahun kini menawarkan pakej ke Korea dengan harga berpatutan. Dijamin halal untuk mereka yang beragama Islam, ada photographer untuk merakamkan detik indah anda, malah anda akan membawa pulang crystal frame dan custom album untuk mengimbau kenangan ketika berada di sana. Klik sini untuk info lanjut!!!