32 Warga Rohingya Mati Kelaparan Selepas Dua Bulan Kapal Terapung Di Laut

Trending

32 Warga Rohingya Mati Kelaparan Selepas Dua Bulan Kapal Terapung Di Laut

Seramai 32 warga Rohingya ditemui mati kelaparan selepas kapal dinaiki terdampar di lautan selama dua bulan lamanya. Kapal tersebut dikatakan gagal memasuki perairan Malaysia dan meninggalkan 396 penumpang lain yang kelaparan sewaktu diselamatkan oleh pengawal pantai Bangladesh.

Kumpulan hak asasi manusia percaya banyak bot yang membawa masyarakat Rohingya kini terdampar di lautan dengan perintah berkurung akibat COVID-19, yang dilakukan di Malaysia dan Thailand. Keadaan itu menyebabkan mereka tiada hala tuju kerana tidak boleh memasuki negara-negara lain.

Advertisement

Menurut pihak berkuasa, 396 warga Rohingya yang terselamat ini akan diserahkan kepada agensi pelarian U.N walaupun perancangan asal adalah mahu diserahkan semula kepada Myanmar. Pihak berkuasa turut memeriksa semula jumlah kematian sebenar iaitu 32 kes dan bukannya 24 seperti dimaklumkan awalnya.

Di dalam rakaman video menunjukkan kebanyakan penumpang adalah terdiri daripada golongan wanita dan kanak-kanak. Kesemuanya kelihatan berada dalam keadaan yang sangat kurus dan tidak mampu untuk berdiri kerana tiada tenaga. Pihak berkuasa kemudian membantu mereka ke pantai.

Salah seorang daripada pelarian di dalam kumpulan itu memberitahu wartawan, mereka telah berulang alik ke Malaysia sebanyak dua kali. Sehinggakan ada satu pergaduhan tercetus di antara penumpang kapal dan krew yang lain. Dalam keadaan penularan wabak COVID-19 sekarang, tidak memungkinkan negara lain menerima mereka masuk ke dalam negara.

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...