315 Kes COVID-19 Melibatkan Kanak-Kanak Dan Remaja Di Bawah Umur 14 Tahun

COVID-19

315 Kes COVID-19 Melibatkan Kanak-Kanak Dan Remaja Di Bawah Umur 14 Tahun

Virus COVID-19 di Malaysia ketika ini turut menjangkiti kanak-kanak dan remaja di bawah usia 14 tahun. Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengeluarkan rekod yang mencatatkan seramai 315 kes positif COVID-19 daripada pesakit berumur 14 dan ke bawah.

Angka ini mewakili enam peratus daripada jumlah 5,182 kes positif COVID-19 di negara ini. Seramai 83 pesakit terdiri daripada kanak-kanak berumur sembilan tahun ke bawah dan 149 pesakit berumur antara 10 tahun hingga 14 tahun.

Advertisement

Pesakit kanak-kanak ini kebanyakannya mendapat jangkitan daripada ahli keluarga yang disahkan positif COVID-19.

petugas perubatan

Sekiranya kanak-kanak yang telah disahkan positif COVID-19 mendapat jangkitan daripada ibu atau bapa mereka, kedua-duanya akan dikuarantinkan di dalam wad yang sama. Tetapi jika sebaliknya di mana kanak-kanak tersebut dijangkiti virus tetapi ibu atau bapa disahkan negatif COVID-19, ibu bapa atau penjaga perlu menandatangi borang persetujuan untuk menjaga kanak-kanak tersebut sepanjang mendapatkan rawatan di hospital.

Walau bagaimanapun, langkah pencegahan yang ketat akan dikenakan. Ibu atau bapa yang menjaga anak yang dijangkiti virus COVID-19 perlu memakai Pakaian Perlindungan Diri (PPE) sepanjang masa penjagaan.

sut lengkap PPE

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) amat menitik beratkan soal keselamatan petugas perubatan dan juga ahli keluarga yang berada di hospital untuk mengelakkan kes jangkitan kontak rapat semakin meningkat.

Untuk peringatan semua, arahan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) perlu dipatuhi untuk mengelakkan sebarang risiko yang mungkin dihadapi.

Sumber 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...