Hujung minggu lalu, telah berlangsung majlis bertandang pasangan pengantin baru, Erin Malek dan Farriz Fauzy. Kedua-dua mempelai tampak berseri-seri dalam pasangan pengantin serba hijau. Jelas terasa kemeriahan majlis tersebut. Wajah Erin dan Farriz juga nampak bahagia sangat-sangat. Suka Abang Nara melihat mereka berdua.
Seperti yang kita ketahui, selepas bergelar suami isteri, ada kontroversi yang melanda pasangan ini. Selaku seorang suami, Farriz Fauzy memberikan jawapan yang cukup tepat pada pandangan Abang Nara. “Yang lepas biarlah lepas”, kata Farriz Fauzy. Betul tue. Yang penting ialah menghadapi masa depan bersama Erin sebagai suami isteri. Perkara yang lepas jangan dikenang. Tak ada gunanya.
Selamat pengantin baru diucapkan sekali lagi kepada Erin dan Farriz. Selamat pergi berbulan madu. Semoga cepat-cepat dikurniakan cahaya mata. Lagi beberapa gambar majlis bertandang pasangan pengantin ini dengan membaca artikel ini sepenuhnya. Kredit gambar Project2Pi.
P.S: Gambar sekitar kempen “I Want To Touch A Dog”