3,000 Pesakit COVID-19 Di Amerika Syarikat Akan Diberikan Ubat Anti-Malaria Sebagai Kajian

Trending

3,000 Pesakit COVID-19 Di Amerika Syarikat Akan Diberikan Ubat Anti-Malaria Sebagai Kajian

Sebelum ini, kita ada mendengar khabar bahawa beberapa ubat sedia ada seperti ubat HIV dan Malaria mampu menyembuhkan penyakit COVID-19 yang sedang menimpa seluruh dunia ketika ini. Tetapi malangnya sehingga kini masih tiada bukti yang mengesahkan tentang perkara tersebut.

Baca: Pakar Dakwa Ubat HIV Dan Malaria Mungkin Mampu Sembuhkan COVID-19

Advertisement

Kali ini dikhabarkan bahawa, Amerika Syarikat (AS) akan menguji ubat anti-malaria hydroxychloroquine tersebut terhadap 3,000 pesakit COVID-19 di salah satu hospital dinegaranya iaitu hospital di Detroit, Michigan.

Presiden Amerika Syarikat Donald Trump berkata bahawa, kerajaan pusat AS telah menyimpan sebanyak 29 juta dos hydroxychloroquine sebelum ini dan kini, mereka telah bersedia untuk membekalkan ubatan tersebut kepada doktor dan farmasi di kawasan Detroit.

Ubat hydroxychloroquine ini telah pun diberikan kepada 1,000 pesakit di New York bersama dengan ubat Z-Pak atau azithromycin minggu lalu.

COVID-19Bagaimanapun, Pengarah Institut Penyakit Berjangkit dan Alergi Kebangsaan, Dr. Anthony Fauci, menyatakan bahawa sehingga kini masih tiada sebarang maklumat yang tepat untuk mengulas sama ada ubat itu boleh digunakan bagi merawat pesakit COVID-19 atau pun tidak.

Tetapi oleh kerana jumlah kes dan kematian di negara tersebut terus meningkat, AS memutuskan untuk meningkatkan pembangunan rawatan dalam merawat  pesakit COVID-19 termasuk melakukan ujian dengan menggunakan ubat tersebut kepada rakyat mereka.

Keputusan ujian akan disemak untuk kajian rasmi, lapor agensi berita Xinhua memetik kenyataan Naib Presiden Mike Pence pada Ahad ini.

Baca: Malaysia Sertai WHO Dalam “Kaji Selidik Solidariti” Bagi Mencari Ubat Rawatan COVID-19

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...