Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

300 Jemaah Hadiri Solat Jenazah Ghaib Siti Sarah Di Mekah

sarah

Tiada kata yang dapat menggambarkan rasa syukur pelakon dan pelawak, Shuib Sepahtu, apabila mendapat tahu hampir 300 jemaah telah melakukan solat jenazah secara ghaib di Masjidil Haram, Mekah.

Advertisement

Menerusi perkongsian di laman Instagram, Shuib memaklumkan telah menerima kiriman video solat jenazah yang diadakan khas buat allahyarham isterinya, Siti Sarah. Dalam hantaran itu, Shuib turut memanjatkan kebesaran buat Allah SWT yang mengasihi allahyarham.

Solat jenazah ghaib di Masjidil Haram

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Shuib Sepahtu (@shuibsepahtu)

Bergembiralah di syurga bidadariku Siti Sarah.

Menerusi sesi tahlil yang dijalankan secara virtual malam tadi, seorang individu memaklumkan saudaranya yang berada di Mekah telah memohon pertolongan imam masjid di sana melakukan solat jenazah ghaib buat allahyarham penyanyi kesayangan ramai itu. Menurutnya, solat jenazah dibuat selepas solat Zohor waktu Mekah dan dihadiri lebih 300 orang jemaah.

Ketua bidadari syurga

@missfasha18Live #shuib Pengalaman Turun Ke Liang Lahad bersama isteri tercinta #sitisarah? original sound – missfasha
Advertisement

Terdahulu, lebih 600,000 orang menonton curahan hati Shuib yang dilakukan secara langsung di laman Instagram pada petang Isnin. Dalam sesi itu, Shuib mengucapkan terima kasih kepada rakan artis dan orang ramai yang tidak henti-henti mendoakan kesembuhan isteri ketika di Unit Rawatan Rapi (ICU).

Walau sehebat mana pun usaha yang dilakukan, Allah SWT lebih menyayangi allahyarham isteri dan beliau sebagai suami meredhai pemergian itu. Beliau menyifatkan pemergian allahyarham sangat luar biasa dan segala urusan dipermudahkan sehinggalah menurunkan jenazah ke liang lahad.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

1 Comment

  1. anonymous

    August 10, 2021 at 6:42 pm

    ya Allah mulia sungguh darjat Siti Sarah

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top