300 Buah Stesen Minyak Gulung Tikar Akibat Pengenalan Harga Minyak Mingguan

Trending

300 Buah Stesen Minyak Gulung Tikar Akibat Pengenalan Harga Minyak Mingguan

Dilaporkan sebanyak lebih kurang 300 stesen pam minyak di seluruh Malaysia telah gulung tikar akibat daripada pengenalan sistem harga minyak mingguan oleh kerajaan.

Advertisement

Presiden Petroleum Dealers Association Malaysia (PDAM), Khairul Anwar Abdul Aziz memberi tahu The Malaysian Reserve di mana bilangan stesen pam minyak telah menurun daripada 3,500 kepada 3,200 buah stesen seluruh Malaysia setakat ini.

He added that the drop in price was similar to that experienced in December 2015 and January 2016, when the monthly float system was first implemented.

Khairul juga menambah lagi, kebanyakan pengedar minyak meninggalkan industri ini kerana kehilangan jumlah yang besar di dalam modal perniagaan mereka.

Secara umumnya, mekanisme mingguan yang diperkenalkan kerajaan ini hanya memberikan kesan negatif kepada pengedar

“Industri ini menghadapi kerugian maksima. Semasa sistem ini diperkenalkan, terdapat jurang yang besar di antara harga pasaran dan harga pam, di mana ianya mengakibatkan penurunan yang besar.”, tambahnya lagi.

Mekanisme harga minyak mingguan mula diperkenalkan pada 29 Mac tahun ini. Semenjak subsidi minyak dilupuskan pada 1 Disember, harga petrol dan diesel ditetapkan dengan menggunakan sistem apungan bulanan.

Dari segi sen per liter, komisen yang diterima adalah sangat sedikit. Selain itu, penggunaan kredit kad yang semakin meningkat juga merupakan satu impak yang besar kerana caj kredit kad perlu ditanggung sendiri oleh pemilik stesen pam minyak.

Kos modal yang meningkat tinggi juga merupakan salah satu daripada impak negatif yang membawa kepada penurunan bilangan stesen minyak, tambah Khairul ketika mengakhiri sesi temubual.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...