Vokalis kepada kumpulan terkenal Slam iaitu Zamani, berkata dirinya tidak kecil hati apabila ada yang mengelar kumpulannya itu sebagai ‘band kampung’. Baginya, dia cukup bangga dengan hasil karya Slam dari dulu hinggalah ke hari ini.
Sudah bertahun-tahun
Kata Zamani atau nama penuhnya Zamani Ibrahim, mereka tidak kisah apabila dilabel ‘kampung’, lagu-lagu ‘jiwang’ atau mendayu-dayu. Menurut penyanyi ini, dia gembira dengan konsep lagu Slam yang dikekalkan sudah bertahun-tahun untuk peminat.
Tidaklah, kami tak kecil hati kerana konsep lagu kami memang begitu. Tak kisahlah orang nak kata lagu ‘leman’ (mendayu-dayu)
Sudah hampir 30 tahun kami bawakan konsep lagu seperti ini jadi kami bangga dengan lagu-lagu kami sendiri.
View this post on Instagram
Lagu untuk orang Melayu
Dalam masa yang sama, vokalis ini turut berpendapat bahawa hasil karya mereka sememangnya ditujukan untuk peminat-peminat berbangsa Melayu. Tambahnya, mereka cuba untuk mengikuti perkembangan lagu-lagu baru yang mendapat perhatian pendengar di samping mengekalkan identiti mereka.
Tak apalah, memang selalu orang-orang kampung yang dengar lagu-lagu kami. Sebenarnya lagu kami ini memang dekat dengan orang Melayu.
Tapi sebagai pemuzik, kami cuba untuk buat susunan muzik yang lebih baik bagi setanding dengan lagu-lagu yanga ada di pasaran sekarang.
Sebelum ini, sempat tular di media sosial apabila pengacara dan aktres Uyaina Arshad hadir ke konsert Slam namun digelar ‘kampung’ oleh sesetengah individu kerana menghadiri konsert berkenaan.