30 Tahun Bersama Rakyat Malaysia, Jom Kongsi Memori Anda Bersama Kedai Ayamas

Hiburan

30 Tahun Bersama Rakyat Malaysia, Jom Kongsi Memori Anda Bersama Kedai Ayamas

Sejak pandemik COVID-19 melanda dan PKP dilaksanakan di Malaysia, sudah lama kami tidak mengunjungi salah satu restoran kegemaran, Kedai Ayamas.

Masa PKP ini memang kadangkala rasa rindu nak makan Ayam Panggang Ayamas tue memang membuak-buak.

Advertisement
Ayam Roaster Express @ iCity Mall

Ayam Roaster Express @ iCity Mall

Namun kita kena patuh SOP, jadi terpaksalah layan tengok di Internet je. Itu pun dah terliur dibuatnya bila melihat ayam panggang Golden Roaster yang memang selama ini merupakan feveret kami.

Ok sebagai makluman, Kedai Ayamas ini dah berada di pasaran lebih 30 tahun. Lebih kurang sama umur dengan kami lah. Bolehlah dikatakan kami membesar bersama-sama Kedai Ayamas.

Kalau dulu-dulu awal pembukaan Kedai Ayamas cuma ada 1 menu iaitu Golden Roaster, kini ada 2 lagi pilihan yang menjadi kegemaran seluruh rakyat Malaysia (termasuklah kitaorang) iaitu Pepper Roaster dan Percik Roaster.

Itu belum kira menu-menu lain seperti spaghetti bolognaise, carbonara dan oglio olio, menu untuk kanak-kanak dan macam-macam lagilah. Pilih je apa yang anda mahu. Nasi lemak pun ada tau di outlet-outlet tertentu.

Buat anda yang belum pernah mencuba menu ikonik ini, Golden Roaster ini mempunyai rasa ayam panggang asli dengan rasa manis madu. Sekali dah cuba, pasti nak berkali-kali.

Ha, kalau rasa teringin sangat nak try sambil berjimat-cermat, boleh pergi ke Kedai Ayamas pada setiap 15hb dan 30hb untuk diskaun harga ayam panggang Kedai Ayamas atau pada hari Khamis untuk promosi “Thursday Special”.

Selain itu, Kedai Ayamas turut sama menawarkan ada “Set Jimat” yang menawarkan harga set nasi ayam dan air mineral dengan harga RM11.50 sahaja setiap hari.

Ha, memang sesuai sangat kalau anda memang peminat setia Kedai Ayamas. Hari-hari leh makan sampai kenyang.

Untuk kanak-kanak dan pencinta pasta, jangan risau sebab Kedai Ayamas turut menyediakan “Kids Meals” dan menu pasta menerusi “Pasta Fiesta” yang pelbagai. Semuanya pun sedap sedap belaka!

ayamas signature roasters

Ha dah terliur ke? Sabar dulu. Meh kami nak cerita tentang #bringbackmemories #makansamasama bersempena 30 tahun kita mencipta kenangan bersama Kedai Ayamas.

Pastinya sepanjang 30 tahun ini, pelbagai memori, kenangan dan detik-detik indah telah kita semua rakamkan bersama Kedai Ayamas, terutamanya bersama 3 pilihan ayam panggang mereka yang sangat lazat itu.

ayamas signature roasters

Apa kata kongsikan segala kenangan anda menikmati hidangan Kedai Ayamas tersebut menggunakan hashtag bringbackmemories #makansamasama dan berpeluang menerima voucher tunai bernilai RM50.

Kempen ini akan berjalan selama 10 minggu bermula dari 19 October 2020 sehingga 30 December 2020. Kalau tak ada gambar-gambar lama di Kedai Ayamas pun tak apa, boleh pergi makan dalam waktu terdekat dan kongsikan gambar terbaru anda. Buatlah caption yang best-best sikit. Mana tahu rezeki korang kan?

Jadi tunggu apa lagi? Sementara boleh serbu kedai Ayamas ini, baiklah korang pergi sekarang. Tapi kalau PKP datang kembali, jangan risau kerana selain daripada restoran, Kedai Ayamas turut mempunyai konsep kedai dan kios yang tersendiri.

Kedai Ayamas adalah untuk menjual makanan yang dimasak, ayam mentah, pelbagai makanan sejuk beku dan menyediakan ruang untuk makan yang terhad.

Sementara Kios Ayamas pula menjual makanan yang dimasak dan menu adalah terhad. Kedua-duanya memfokuskan untuk bungkus/bawa pulang. Dan last but not least, Kedai Ayamas turut ditawarkan menerusi GrabFood dan FoodPanda. Kalau teringin sangat bolehlah order online terus! Maklumat lanjut layari laman rasmi Kedai Ayamas.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...