30 Penunggang Motosikal Berlanggar Sesama Sendiri Sebaik Kereta Peronda Tiba

Kehidupan

30 Penunggang Motosikal Berlanggar Sesama Sendiri Sebaik Kereta Peronda Tiba

Seorang penunggang motosikal lelaki berusia 18 tahun cedera di tangan dan bahagian belakang dalam kemalangan membabitkan kira-kira 30 motosikal di Lebuhraya Tun Dr Lim Choong Eu, di Bayan Lepas.

Menurut Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan AA Anbalagan, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian pada jam 10.20 malam.

Advertisement

Katanya, siasatan mendapati sekumpulan penunggang motosikal itu terbabas dan berlanggar sesama sendiri sebaik sahaja kereta peronda (MPV) polis tiba di tempat kejadian.

“Akibat pelanggaran itu, lelaki berkenaan mengalami cedera di tangan dan bahagian belakang serta dihantar ke Hospital Pulau Pinang (HPP) bagi mendapatkan rawatan”.

PDRM

“Mereka dilihat menunggang motosikal secara berkumpulan dan siasatan masih dijalankan sama ada mereka terbabit dengan aktiviti rempit”.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan. Kes disiasat mengikut Peraturan 10 LN 166/59.

SUMBER

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...