Biarpun isu mengenai dakwaan tangkap khalwat sudah tersebar luas, pelakon Ruhainies dan Aliff Aziz masih belum memberi kenyataan rasmi mengenai dakwaan berkenaan.
Anggap Aliff Aziz rakan industri
Menjawab pertanyaan pihak media mengenai hubungannya bersama Aliff Aziz selepas kes tangkap khalwat, Ruhainies berkata aktor itu hanyalah rakannya saja.
View this post on Instagram
Kata Ruhainies atau nama sebenarnya, Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas, dia dan Aliff hanyalah rakan seindustri dan kini sama-sama berada di dalam penggambaran drama yang sama.
Saya dan Aliff hanyalah kawan dan kami dah kenal satu sama lain sejak lebih 10 tahun lalu.
30 minit saja, bukan 3 jam
Dalam pada itu, aktres tersebut turut menegaskan bahawa terdapat beberapa fakta yang tidak benar sudah dilaporkan oleh pihak-pihak tertentu mengenai kes ‘panas’ ini.
30 minit. Bukan tiga jam. Apa yang berlaku bukanlah seperti yang diuar-uarkan dan tak sampai tiga jam pun.
Malah, dia turut mendakwa tidak pernah memberi sebarang kenyataan mengenai isu ini kemana-mana pihak, jadi semua kenyataan yang dikeluarkan oleh platform media sebelum ini bukanlah daripadanya.
Apabila ditanya bila mahu mengeluarkan kenyataan rasmi susulan kes tangkap khalwat ini, Ruhainies berkata dirinya akan keluarkan kenyataan sesudah tiba masa yang tepat.