30 Kapal Lain Terus Berlayar, Nadir Al-Nuri Beri Update – “Penahanan Haram Isra*l Tak Kan Lemahkan Kami”

Berita

30 Kapal Lain Terus Berlayar, Nadir Al-Nuri Beri Update – “Penahanan Haram Isra*l Tak Kan Lemahkan Kami”

Sebanyak 30 kapal yang menyertai misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) dilaporkan masih meneruskan pelayaran menuju Gaza meskipun beberapa kapal lain telah dipintas tentera Israel.

Menurut kenyataan rasmi GSF di Instagram pada jam 3.20 pagi (waktu tempatan), sebanyak 13 bot dan kapal ditahan Israel sekali gus tidak dapat meneruskan perjalanan.

Advertisement

Jelas kenyataan itu,

Penahanan haram oleh Israel tidak akan melemahkan kami. Misi ini tetap diteruskan untuk memecah sekatan dan membuka laluan kemanusiaan.

Sementara itu, aktivis Malaysia, Nadir Al-Nuri memaklumkan di Facebook bahawa kapal Jong yang dinaikinya kini berada kira-kira 48.7 batu nautika dari perairan Gaza.

 

View on Threads

 

Beliau menjelaskan, kapal tersebut telah berjaya melepasi sekatan 120 batu nautika dari Gaza dan kini berada melepasi lokasi di mana kapal Handala pernah dipintas sebelum ini. Tulisnya,

InsyaAllah kami dijangka tiba di perairan Gaza pada hari Jumaat, jam 1 petang waktu tempatan.

Misi GSF disertai kira-kira 44 kapal dari pelbagai negara dengan tujuan menyalurkan bantuan makanan serta ubat-ubatan ke Gaza.

Terdahulu, beberapa kapal termasuk Alma, Hio, Huga, Sirius dan Grande Blu yang membawa 12 sukarelawan Malaysia telah dipintas Israel.

Antara sukarelawan Malaysia yang kini dilaporkan berada dalam tahanan ialah Haikal Abdullah, Muaz Zainal, Zulfadhli Khairudin, Rusydi Ramli, Iylia Balqis, Musa Nuwayri dan Sul Aidil.

Turut termasuk Zizi Kirana, Farah Lee, Danish Nazram (Grande Blu), serta Heliza Helmi dan Hazwani Helmi (Hio).

haroqd
2025-10-02 09:57:49

“Doakan Saya Ayah, Halalkan Segalanya” – Bot Disekat Kini, Mesej Peserta Malaysia GSF Runtun Hati

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Kosmo!

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...