30 Gerai Bazar Masjid India Musnah Terbakar!

Trending

30 Gerai Bazar Masjid India Musnah Terbakar!

Sedang kita semua sedang nyenyak tidur, kira-kira 30 gerai di Bazar Melayu Masjid India di Kuala Lumpur musnah dalam kebakaran kira-kira jam 1.30 pagi.

Pegawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Titiwangsa, Penolong Penguasa Bomba Rahmat Kamaruzaman berkata, seramai 27 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Titiwangsa, BBP Jalan Hang Tuah, BBP Pudu, BBP Sentul dan Unit Forensik BBP Seri Rampai dikejar ke lokasi sebaik menerima panggilan kecemasan jam 1.38 pagi.

Advertisement

Menurut Harian Metro, jentera pertama sampai lapan minit kemudian mendapati api sedang marak membakar beberapa gerai di bahagian tengah bazar berkenaan.

Menurut Komander Operasi Kanan, L. Logeswaran, sebaik sahaja tiba di lokasi kejadian pada pukul 1.44 pagi, terdapat kira-kira 30 unit gerai sudah terbakar sepenuhnya.

Kebakaran dapat dikawal kira-kira 20 minit kemudian dan berjaya dipadam sepenuhnya pada pukul 2.04 pagi.

Kerja-kerja pemadaman ‘overhaul’ sedang dijalankan dan unit Siasatan Kebakaran telah berada dilokasi kejadian untuk menyiasat punca kebakaran tersebut.

Katanya, kebakaran tidak membabitkan sebarang kemalangan jiwa dan punca kebakaran serta kerugian masih dalam siasatan.

Menerusi siasatan awal dijalankan, kebakaran 30 gerai yang terletak dalam dua deretan di bazar itu membabitkan keluasan sekitar 50 kaki persegi.

Siasatan punca kebakaran serta jumlah kerugian sedang dilakukan.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...