Terima kasih kepada The Kliker Wedding & Portraiture Photography yang kerana sudi berkongsi gambar-gambar bidikan mereka untuk majlis pertunangan Irma Hasmie dan Rezza. Tentu ramai peminat Irma Hasmie yang ternanti-nanti untuk melihat keayuan Irma Hasmie di dalam baju rekaan Hatta Dolmat. Memang sangat cantik di mata Abang Nara.
Ramai yang tertanya-tanya bagaimanakah wajah si lelaki yang berjaya mencuri hati Irma Hasmie. Hatta Dolmat menerusi Facebooknya telah berkongsi gambar si jejaka tersebut.
Memang sama cantik sama padan kedua-duanya. Lagi 28 gambar sekitar majlis pertunangan Irma Hasmie dan Rezza dengan membaca entri ini sepenuhnya. Jangan lupa untuk LIKE Facebook The Kliker Wedding & Portraiture Photography sebagai tanda terima kasih.
Info: Semua gambar adalah milik Hatta Dolmat Couture, diambil olehThe Kliker| Wedding & Portraiture Photography. Official Photo & Video untuk majlis ini ialah Hazelnart Work Photographic Studio dan Sweet Motion Production.