January 10th, 2012

Seperkara yang kami ingat dari zaman kanak-kanak ialah drama-drama arahan Aziz M. Osman. Satu perkara yang membezakan beliau dengan kebanyakan pengarah lain waktu itu ialah kegemarannya untuk bereksperimen dengan pelbagai genre drama dan menampilkan kelainan. Kalau anda masih ingat, drama arahannya sering disiarkan di slot Cerekarama TV3 sekitar akhir 80’an dan awal 90’an dan yang paling kami ingat ialah sebuah telefilem arahan Aziz yang menampilkan 3 buah cerita seram ala Twilight Zone, tajuknya sudah kami lupa. Pada pendapat kami karya Aziz yang seperti ini underrated berbanding drama-drama nya yang popular seperti Cili Padi dan Puteri.

PhotobucketTahun 2012 bakal menyaksikan sebuah lagi filem arahan Aziz M. Osman berentap di pawagam. Filem Azura versi kini ialah merupakan adaptasi dari filem romantik berjudul sama arahan Deddy M. Borhan keluaran tahun 1984. Kami pasti anda masih ingat watak Zack yang dilakonkan oleh Jamal Abdillah dan Azura yang dilakonkan oleh Fauziah Ahmad Daud yang memang hot babe pada ketika itu.

Antara yang menarik, filem Azura ialah filem Melayu pertama yang mencecah kutipan RM 1 juta di pawagam dan filem ini turut menampilkan Syed Sobrie, Allahyarham Raffi Hussain dan Allahyarhamah Yusni Jaafar. Pelakon utama Azura 2012 ialah artis yang dulunya dikenali sebagai Shahz Jaszle tapi kini mahu dikenali sebagai Shahrizal, dan muka baru yang sensasi, Neelofa Mohd Noor.

Filem Azura tebaru ini, dakwa Aziz, ialah ‘air tangan’nya dan isteri, Puteri Lily Lokman 100%. Lagi16 keping gambar dengan membaca gosip ini sepenuhnya. Kredit gambar Facebook filem Azura. Sila like beramai-ramai.

P/S: Filem ini akan ditayangkan secara serentak di pawagam pada 2 Februari 2012.

PhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucket


54 responses to “(17 GAMBAR)Babak Dari Filem Azura 2012”

  1. xpenting says:

    asal pasir mas? p.mas kat mana? xpnah tau kg die ktner rantau panjang ker haha..

  2. rispolimurpi says:

    low class punya film layar lebar malaysia…mau plagiat film “Eiffel I’m in Love” nya indonesia ya?

    • otak kau says:

      oiii cermat kit. hampa filem indon yg tiru filem barat. 90% sume filem hmpa cm cibai huahua. smpai cover depan pun xubah.

Loading...