Cantiknya Mon Ryanti dan kacaknya Mohd Hasrul di hari bahagia mereka. Untuk majlis pernikahan mereka berdua telah memakai persalinan serba putih manakala untuk majlis resepsi pula persalinan berwarna ungu. Kedua-duanya menyerlahkan lagi kejelitaan dan kehenseman pasangan pengantin baru ini. Berseri-seri muka.
Perkahwinan sememangnya satu perkara yang melengkapkan kehidupan seorang lelaki dan seorang wanita. Namun perkahwinan itu juga banyak cabaran dan dugaan. Lapangkan dada, banyakkan bertolak ansur dan mudahkanlah memaafkan pasangan anda untuk kekal bahagia sehingga ke akhir hayat. Amboi siap bagi nasihat lagi.
Selamat pengantin baru Mon Ryanti dan Mohd Hasrul. Semoga bahagia selama-selamanya. Lagi beberapa gambar sekitar majlis perkahwinan mereka dengan membaca artikel ini sepenuhnya. Kredit gambar MyCuteMoment dan Adaupis Photography.