3 Yang Terlibat Menghadiri Ijtimak Tabligh Disahkan Positif COVID-19 Di Sarawak

Trending

3 Yang Terlibat Menghadiri Ijtimak Tabligh Disahkan Positif COVID-19 Di Sarawak

Susulan penyebaran wabak coronavirus yang telah menimpa negara kita, banyak aktiviti harian kita telah di tunda bagi mengurangkan penyebaran virus itu. Hari ini, Sarawak telah merekodkan satu kes COVID-19 yang buat pertama kalinya tiga orang sekali gus telah diuji positif.

Baca: Covid-19: Penangguhan Istiadat Konvokesyen Uitm Ke-92 Berkuat kuasa Serta Merta

Advertisement

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah berkata, mereka mendapati bahawa dua orang daripada kes ini merupakan individu yang terlibat menghadiri ijtimak tabligh di Masjid Sri Petaling di Selangor pada 28 Februari hingga 1 Mac yang lalu dan satu lagi kes melibatkan ahli keluarga mereka.

Di dalam ucapan yang sama, Datuk Amar Douglas Uggah telah merayu kepada individu yang telah menghadiri perhimpunan tersebut untuk menghubungi hospital yang terdekat dengan segera bagi memudahkan siasatan dan pemeriksaan lanjut dapat dijalankan.

Jabatan Kesihatan Sarawak telah berjaya mengesan 236 orang peserta yang terlibat dalam perhimpunan tersebut.

Pihak JPBN Sarawak juga telah memberi jaminan bahawa, Jabatan Kesihatan Sarawak akan sentiasa bersedia menghadapi sebarang kemungkinan yang timbul akibat penularan virus ini di hospital yang telah ditetapkan iaitu Hospital Besar Sarawak, Sibu Hospital, Hospital Bintulu dan Hospital Miri.

Pihak JPBN juga akan terus mengesan beberapa orang lagi yang terlibat dalam perhimpuanan itu.

Sumber

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...