3 Warganegara Singapura Terima Dos Pertama Vaksin COVID-19 Alami Alergi

COVID-19

3 Warganegara Singapura Terima Dos Pertama Vaksin COVID-19 Alami Alergi

Terbaru, lebih 113,000 rakyat di Singapura menerima dos vaksin Covid-19 pertama yang dikeluarkan oleh Pfizer-BioNTech manakala lebih 50 yang lain menerima dos kedua sekaligus menyempurnakan regimen penuh vaksinasi, setakat 27 Januari yang lalu.

Di antara yang menerima vaksin tersebut, terdapat 432 kesan sampingan dilaporkan termasuk tiga kes anafilaksis iaitu permulaan reaksi alergi yang teruk akibat dos tersebut.

Advertisement

Menurut Pengarah Perkhidmatan Perubatan di Kementerian Kesihatan (MOH), Prof Madya Kenneth Mak “Anafilaksis adalah kesan sampingan diketahui umum jarang berlaku terhadap vaksin COVID-19 keluaran Pfizer-BioNTech”.

Tambahnya, akan terdapat sebilangan kecil individu yang mudah mengalami reaksi alergi yang teruk semasa vaksinasi.

vaksin

“Kami mengambil langkah berjaga-jaga seperti saringan pravaksinasi dan pemerhatian pasca-vaksinasi bagi memastikan program vaksinasi kami dapat dilaksanakan dengan selamat. Kesemua tiga kes anafilaksis menerima rawatan segera dan berada dalam keadaan baik”.

Individu yang menerima vaksin tersebut berusia dalam lingkungan 20-an dan 30-an, mengalami pelbagai gejala seperti ruam, sesak nafas, bibir bengkak, sakit tekak dan pening.

Kebanyakan yang menerima vaksin mengalami gejala seperti bengkak serta kesakitan di tempat suntikan, demam, sakit kepala, keletihan, sakit badan, pening, rasa mual dan reaksi alergi iaitu gatal, ruam bengkak mata atau bibir.

MOH berkata pihaknya akan memperkenalkan satu program bantuan kewangan kecederaan vaksin bagi vaksinasi COVID-19 (VIFAP).

Ia adalah bantuan kewangan yang diberikan kepada mereka yang terjejas sekiranya berlaku kesan sampingan yang dinilai mempunyai kaitan dengan vaksin COVID-19 yang diberikan di Singapura.

sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...