3 Universiti Tempatan Masuk Ranking Antara 100 Terbaik Dunia

Trending

3 Universiti Tempatan Masuk Ranking Antara 100 Terbaik Dunia

Tiga universiti di Malaysia berjaya memasuki senarai 100 terbaik daripada 300 universiti melibatkan 50 negara dalam Times Higher Education (THE) BRICS and Emerging Economies University Rankings 2017.

Advertisement

Menurut laman web THE, Universiti Putra Malaysia menduduki tempat ke-89, melonjak 14 anak tangga daripada kedudukan sebelum ini, manakala 2 lagi universiti iaitu Universiti Teknologi Petronas berada di kedudukan ke-91 dan Universiti Teknologi Malaysia tempat ke-100.

Sementara itu, universiti yang berjaya ke senarai 300 terbaik ialah Universiti Sains Malaysia di kedudukan ke-114 dan Universiti Kebangsaan Malaysia pada tempat ke-136.

Universiti Utara Malaysia berjaya berada dalam kumpulan 201-250 dan Universiti Teknologi Mara pula dalam kelompok 251-300.

Sumber : FMT

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...