3 Tahun Bercinta, Abby Abadi Tak Pernah Cakar Saya – Zul Ariffin

Hiburan

3 Tahun Bercinta, Abby Abadi Tak Pernah Cakar Saya – Zul Ariffin

Kah, kah, kah. Gelak juga Abang Nara membaca pengakuan Zul Ariffin ini. Memang terasa kelakarnya. Seperti yang anda tahu, Zul Ariffin sebelum ini bercinta dengan Abby Abadi selama 3 tahun sebelum mereka berdua berpisah. Selepas itu Abby Abadi berkahwin dengan Farhan dan perkahwinan mereka berakhir dengan penceraian baru-baru ini. Yang lebih mengejutkan, bekas suami Abby Abadi mendakwa yang dirinya pernah dicakar oleh Abby Abadi sehingga menimbulkan kecederaan.

zul ariffin abby abadi

Advertisement

Berkongsi pengalaman bercinta dengan Abby, Zul Ariffin memaklumkan yang sepanjang percintaan mereka, Abby bukanlah seorang wanita yang kasar. Tiada cakaran yang berlaku. Tiada keganasan. Kata Zul Ariffin menerusi MalaysianDigest:-

Tidak, tak benar. Seperti saya katakan, sepanjang saya mengenali dia, dia bukan seorang wanita yang begitu. Tentang perceraiannya itu saya tak mahu komen. Tetapi, selama tiga tahun kami bercinta hubungan kami baik-baik sahaja dan dia bukan seorang wanita seperti mana didakwa (mencederakan suami)

zul ariffin

Bukan nak kata Abby memang benar melakukan kekerasan, namun selalunya masa bercinta memang semuanya indah. Bak kata orang, hanya lepas berkahwin barulah tahu perangai suami isteri kita. Tak gitu? Abang Nara yakin korang pun ada pengalaman korang sendiri. Mungkin selepas ini kita boleh bertanya kepada Norman Hakim pulak mengenai perkahwinannya dengan Abby. Tak gitu?

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...