3 Tahun Belajar Dengan PU Rahmat, Bandi Amuk Berjaya Khatam al-Quran – “Usaha Tanpa Henti Nak Perbaiki Bacaan”

Hiburan

3 Tahun Belajar Dengan PU Rahmat, Bandi Amuk Berjaya Khatam al-Quran – “Usaha Tanpa Henti Nak Perbaiki Bacaan”

Tanpa perlu menunjukkannya kepada orang ramai atau menghebahkan di media sosial, dalam diam Bandi Amuk sebenarnya menambah ilmu dan memperbaiki bacaan ayat al-Quran dengan betul.

Perkara itu dikongsi oleh PU Rahmat menerusi hantaran di Instagram di mana dia meluahkan rasa syukur dan tumpang gembira dengan Bandi serta seorang lagi anak muridnya.

Advertisement

Ia berikutan mereka berdua telah berjaya khatam 30 juz al-Quran baru-baru ini selepas tiga tahun belajar mengaji bersama pendakwah bebas tersebut.

Saya kagum dengan usaha mereka tanpa henti selama 3 tahun lebih iaitu dari 2018 sehinga 2022 yang mana sanggup belajar daripada iqra’ kemudian berusaha untuk memperbaiki bacaan,,makhraj,,tajwid sehingga tahap mereka berjaya menghatamkan bacaan Al-quran mereka secara bertalaqqi.”

Ramai warganet mengucapkan tahniah dan turut berasa gembira dengan pencapaian bekas bintang Gegar Vaganza musim ke-8 itu.

Sesetengah daripada mereka akui berasa ‘malu’ kerana Bandi sudah berjaya khatam sebelum mereka selain ada yang berpendapat suaranya pasti sedap didengar jika bertaranum.

1 year ago

"Saya Nak Berubah" - Niezam Zaidi Ikut Tabligh, Menyesal Terlibat Kes Dadah

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...