Hujung minggu lalu, Abang Nara telah menghadiri kenduri perkahwinan salah seorang sepupu wife tercinta di Jasin, Melaka.
Bila dah berkumpul ramai-ramai nie, memang seronok berborak. Orang Melaka memang sempoi-sempoi semuanya. Satu ciri-ciri orang Melaka ini ialah mereka cakap straight to the point. Tak ada selindung-selindung. Tengah sedap buat lawak sambil minum teh tarik di malam pernikahan, tup-tup salah seorang pakcik Abang Nara berkata kepada diri ini “Oi kenapa mata kau tue nampak lesu, sembam dan penat je. Apa buat malam-malam?”.
Apabila diajukan soalan sebegitu, terus Abang Nara sedar memang sejak kebelakangan ini mata cepat penat, kelihatan lesu dan tidak bermaya. Ini antara punca-puncanya:-
1. Selalu terjaga malam
Abang Nara memang tidur awal iaitu kira-kira jam 10 malam. Tetapi setiap malam, Abang Nara akan bangun 2,3 kali untuk buat susu anak-anak. Rutin Aariz, Arissa dan Alara memang nak minum setiap 3jam. Jadi Abang Nara akan terbangun pukul 1 pagi dan 4 pagi untuk buat susu mereka. Jadi tidur Abang Nara tidak berkualiti. Kadang-kadang bila dah terbangun tue, terus susah nak tidur balik. Esok pagi mata terus sembam dibuatnya.
2. Sentiasa menghadap komputer
Kalau dah namanya blogger, memang kerja Abang Nara memerlukan masa yang lama di hadapan komputer. Nak update blog, nak cari berita, nak ushar Instagram artis dan macam-macam lagi. Mata manusia ini kalau asyik pandang skrin komputer, memang akan terima banyak impak negatif. Salah satunya ialah cepat letih. Kadang-kadang boleh sampai berair mata kalau tak dapat rehat yang secukupnya. Bahaya sungguh!!!
3. Asyik tengok handphone di tempat gelap
Walaupun memang Abang Nara tahu aktiviti melihat handphone di tempat gelap dengan cahaya yang tak cukup amat berbahaya, namun diri ini tetap berbuat demikian. Kadangkala masa untuk tengok handphone ialah bila anak-anak dah tidur. Kalau bukak lampu bilik, diorang akan terjaga. Nak tak nak, terpaksalah tengok dalam kegelapan. Memang bahaya sebab ia boleh menyebabkan otot mata bekerja lebih. Itu yang mata cepat penat, lesu dan nampak tak bermaya je.
Enggan membiarkan keadaan mata menjadi semakin teruk, Abang Nara telah pun membeli MegRhythm Steam Eye Mask yang berasal dari Jepun. Abang Nara tak pernah dengar tentang produk ini tetapi ia telah direcommend oleh kakak Abang Nara yang pernah belajar di Jepun dulu. Katanya ini adalah produk nombor 1 di Jepun untuk membuatkan mata kita segar bugar. Untuk makluman, ini adalah produk terbaru yang dibawa masuk oleh Kao Malaysia atas permintaan ramai.
Seperti yang kita ketahui, produk-produk ciptaan Jepun kebanyakannya memang power, bermutu tinggi dan berkesan. Dengan Self Warming Technology yang telah dipatenkan, MegRhythm Steam Eye Mask akan meng”envelop” mata kita dengan 40’c warm steam secara lembut selama 10 minit untuk memberikan kita brighter looking eyes. Amboi terspeaking London pulak. Itulah kelebihan dan keistimewaan MegRhythm ini.
Boleh dibeli di Lazada, 11Street dan LMall, mata Abang Nara memang lebih relax, refresh dan relieve selepas menggunakan MegRhythm Steam Eye Mask ini. Senang je nak guna MegRhythm ini sebab ada step by step cara penggunaan di packagingnya. Sangat mudah nak faham.
Paling best, penggunaan MegRhythm Steam Eye Mask hanya mengambil masa 10 minit sahaja tetapi kesannya memang super duper power. Penglihatan Abang Nara lebih terang, lebam hitam di bawah mata pun dah semakin berkurangan dan paling penting, mata dah tak cepat penat serta kurang berair. Rasa segar bugar je walaupun menghadap komputer lama-lama. Memang power sungguh MegRhythm ini.
MegRhythm Steam Eyes Mask ini turut menyediakan tali untuk diikat di telinga demi keselesaan mereka yang menggunakannya. Tak adalah tiba-tiba terjatuh pulak walaupun tengah berbaring. Selain itu MegRhythm didatangkan dalam 5 jenis wangian iaitu Lavender, Rose, Chamomile, Yuzu dan Unscented (tiada sebarang bau). Abang Nara paling suka wangian Lavender kerana ia memberi ketenangan pada diri ini sepanjang 10 minit menggunakannya. Memang relax, refresh dan relieve sungguh.
Kalau anda jenis tak pandai nak beli online di Lazada, 11Street dan LMall, boleh juga dapatkan MegRhythm Steam Eye Mask ini di Watson’s Midvalley dan Aeon Wellness. Jangan lupa untuk kongsikan pengalaman membeli MegRyhythm di Watson’s dan Aeon menerusi gambar dan hashtag #WatsonMidValley #Wellness #AeonWellness. Untuk makluman, Abang Nara hari tue beli Megrhythm nie kat AEON Wellness Midvalley.
Masa upload tue jangan lupa untuk tag dan LIKE Facebook Megrhythm Malaysia. Dengar cerita akan ada suprise dan aktiviti menarik untuk para followers . Abang Nara dah LIKE lama dah. Tak sabar nak tunggu apa kejutan yang bakal dilakukan. Sama-samalah kita nantikan.
Abang Nara dah order 5 kotak lagi MegRhythm Steam Eyes Mask untuk buat stok secukupnya di rumah. Korang pun patut cuba sebab memang mata rasa tersangat relax, refresh dan relieve selepas menggunakan produk penuh invovasi dari Jepun ini. Puas hati sangat-sangat. Maklumat lanjut boleh layari http://web.kao.com/my/megrhythm/ . Sekali lagi jangan lupa LIKE Facebook Megrhythm Malaysia untuk informasi lanjut Selamat mencuba dan selamat memanjakan mata anda.