Sedia maklum, beberapa hari yang lalu, tular video memaparkan tiga orang remaja berbangsa Cina didakwa menghina seorang gelandangan dengan hanya memberikan sisa makanan kepadannya.
Susulan sudah tular video tersebut, salah seorang remaja tersebut tampil membuat permohonan maaf dengan menyatakan itu sekadar social experiment dan pihak MCMC turut sudah mengambil tindakan terhadap mereka.
Terbaru melalui platform X, terdapat satu video mendedahkan identiti sebenar gelandangan itu yang membuatkan ramai ‘tergamam’.
Difahamkan, gelandangan tersebut merupakan seorang Muslim kerana namanya bermula dengan ‘Muhammad’ dan dia turut fasih berbahasa Inggeris.
Dalam pada itu, punca lelaki terbabit menjadi gelandangan dan tidak dapat bekerja seperti biasa kerana dia pernah mengalami kecederaan yang teruk setahun lalu.
Bukan itu saja, malah dia juga memiliki sifat yang baik serta pembersih biarpun hidup sebagai seorang gelandangan di kaki jalan.