Sebelum ini, tular video memaparkan tiga remaja berbangsa Cina didakwa memberikan nasi bersama sisa tulang ayam yang baru dimakan kepada orang miskin.
Susulan memuat naik video itu di platform media sosial, netizen meluahkan rasa marah kerana mereka seakan-akan menghina serta memandang rendah kepada orang miskin.
Tampil buat permohonan maaf, hanya social experiment
Susulan teruk dikecam, salah seorang remaja tampil membuat permohonan maaf dan menjelaskan bahawa video yang dimuat naik itu hanya merupakan kandungan berbentuk eksperiman sosial dan telah mendapat persetujuan lelaki gelandangan itu.
Kami tidak memberikan tulang ayam kepadanya untuk dimakan. Pada mulanya kami ikut lelaki itu dan kemudiannya berikan set lengkap nasi dan dua ketul ayam. Ia sebenarnya sebahagian dari pembikinan video.
@brofirdauswongSelepas ini, minta maaf, selesai. Alhamdulilah Islam tidak pernah mengajar umatnya untuk menghina orang miskin TETAPI Islam mengajarkan umatnya untuk membantu orang miskin. Ini hanya kebiadaban 3 remaja ini bukan keseluruhan kaum Cina. Inilah apa yang berlaku bila menyalahgunakan akal yang Allah kurniakan demi konten.
“Beri kami peluang untuk sumbang kepada masyarakat..”
Dalam pada itu, dia turut berkata video yang dimuat naik itu adalah untuk membantu komuniti itu serta memberi kesedaran kepada masyarakat.
Kami harap orang ramai beri peluang kepada kami untuk terus menyumbang kepada masyarakat dan berjanji akan buat lebih banyak perkara baik selepas ini.
Sekadar info, hari ini pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) menyatakan pihak mereka telah memulakan siasatan terhadap kandungan video itu berdasarkan aduan orang ramai.