3 Pulau Ini Muncul Semula, Setelah Hilang Semasa Tsunami 2014

Trending

3 Pulau Ini Muncul Semula, Setelah Hilang Semasa Tsunami 2014

tsunami

Beberapa buah pulau di kepulauan telah banyak yang dilaporkan telah hilang sebelum ini ekoran bencana tsunami besar yang melanda ketika 2004 lalu telah timbul semula.
Sekurang-kurangnya 3 buah pulau telah dikenal pasti telah timbul dipermukaan termasuk pulau Jejawi yang dahulunya sebuah pulau yang dipenuhi pohon kelapa.

Advertisement

Menurut seorang penduduk tempatan dikenali sebagai Hasbi, selain pulau Jejawi banyak pulau lain yang tenggelam kerana Tsunami dan gempa bumi.

“Tiga pulau yang tenggelam akibat tsunami adalah Pulau Jejawi, Pulau Maleno, dan Pulau Gosong Sianje. Jadi, beberapa tahun terakhir Pulau Jejawi ini sudah timbul kembali setelah tenggelam sekitar 10 tahun lebih,” kata Hasbi dipetik dari portal Liputan 6.

Walaubagaimanpun, menurut Hasbi ketiga-tiga pulau yang ditemui semula itu bukanlah pulau yang didiami manusia ketika gelombang tsunami dan gempa bumi melanda.

pulau

pulau1

“Pulau-pulau itu hanya ditumbuhi tanaman pohon seperti kelapa dan pohon-pohon lainnya.

“Kalau Pulau Sianje belum timbul, namun pada saat terjadi kejadian pasang surut, ¬†pelantar ¬†minyak milik Pertamina (syarikat minyak Indonesia) yang dibangun tahun 1973 di atas hamparan Pulau Sianje itu kadangkala kelihatan,” ujarnya.

Hasbi menyatakan, jumlah pulau besar di kawasan Kepulauan Banyak sekitar 71 pulau, namun akibat gempa bumi dan gelombang tsunami, tiga pulau telah tenggelam.

“Jadi, sekarang jumlah pulau di kawasan ¬†Kepulauan Banyak sekitar 68 pulau lagi termasuk dengan Pulau Setan. Jadi, 28 pulau masuk dalam Kecamatan (mukim) Pulau Banyak Barat dan 40 pulau masuk ke wilayah Kecamatan Induk Pulau Banyak,” kata Hasbi

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...

Comments are closed.