January 4th, 2012

Zizan Raja Lawak. Siapa tidak kenal. Ustaz Azhar Idrus pun saja buat-buat tak kenal bila Zizan telefon dia. Zizan, seperti mana yang diketahui pernah ‘terlanjur’ kata dalam filem Hantu Bonceng. Dia mengaku tersilap. dia pun telah merujuk Ustaz Azhar dalam hal ini. Bukan mudah mengaku silap. Lagi-lagi dalam kedudukan seorang yang bertaraf selebriti.

zizan

1. Mengaku Silap

Kita semua manusia. Tidak sempurna.

Begitu juga dalam urusan wang kita. Ada perkara yang barangkali kita telah buat silap. Kita kena tahu kita silap dan kita kena akui kesilapan kita.

Ini dinamakan exit strategy.

Barangkali plan pelaburan kita adalah A,B,C. Namun, apabila kita melaksanakan plan tersebut ia tidak menjadi. Rupanya kita tersilap. Jangan tunggu lama-lama.

Keluar dari pelaburan tersebut.

2. Bertanya Kepada Yang Lebih Tahu

Zizan merujuk kepada Ustaz Azhar Idrus.

Isu filem hantu bonceng. Isu nak buka karaoke. Dan terbaru, berganding bersama Ustaz Azhar sendiri dalam sambutan malam tahun baru 2012 di Shah Alam.

Justeru, pastikan kita mempunyai orang yang dapat kita rujuk apabila berhadapi situasi tertentu dalam urusan pelaburan kita. InsyaAllah, ada jalan yang terbaik.

3. Life Goes On

Jika bisnes gagal, jangan kecewa tertonggeng.

Pelaburan rugi, tidak perlu bersedih. Kita belum mati.

Itu adalah asam garam dunia bisnes dan pelaburan. Hanya skim cepat kaya menjanjikan untung sampai bila-bila.

Zizan barangkali berada tahap moral yang sangat ‘low’ sekitar isu Hantu Bonceng. Satu Malaysia kutuk dia. Namun alhamdulillah, berkat dia mengaku salah, merujuk kepada orang yang lebih tahu dia menjadi lebih popular dan berganding dengan Ustaz Azhar Idrus lagi.

Kerugian yang lepas tu lepas lah. Buat yang baru.

“This too shall pass.”

Entri kredit sepenuhnya kepada Pakdiyang merupakan seorang Islamic Financial Planner (IFP). Dapatkan Panduan Percuma Rancang Wang di blog Pakdi.

P.S: Kagum dengan bakat Zizan


79 responses to “3 Perkara Yang Dapat Kita Belajar Daripada Zizan Raja Lawak”

  1. Anon says:

    to THAT ZUL ; permainan muzik bukannya haram. Maka tak salah pun kalau UAI main muzik. kata dapat scholarship al azhar. Tu pun tak tahu kaaa?

  2. tunangan orang says:

    pernah jmpe face2face ngn ustaz azhar ni kt cameron,(kt ladang mardi cameron). mmg superb, mula2 x perasan yg tu dia, mber amik gmbr ngn dia pastu bru perasan. tgk dia amik gmbr2 bunga ngn camera besor, perghh teruja..

  3. xonan says:

    stuju sgat dgn count UP disatukan dgn majlis ilmu.. sedey tgok belia zman skrang.. KNPlh kerajaan kita x pnah terfikir nak bwat mcam nie??

    • lolipop says:

      btl tu sy setuju sgt countdown mcm ni. Nape bila UAI bg ceramah ramai pertikai…sdgkan dia ckp bnda btl. Time artis duk melalok ats pentas ngn pergaulan bebas berleluasa syp lak.xde lak nk mengutuk. org2 yg tau hukum hakam agama jauh lg mulia dr org yg mengutuk tu

Loading...