Bulan Ramadan, selain bulan ibadah, ia juga bulan yang penuh dengan jemputan berbuka puasa bersama keluarga dan kawan-kawan.
Tapi, kadang-kadang bila berbuka di luar, ada beberapa perkara yang boleh buat kita ‘cuak’ dan kalut tak tentu arah!
Ni tiga benda yang selalu jadi masalah dan kami yakin anda boleh relate bila berbuka di luar.
1. Tempat Makan Penuh & Kena Tunggu Lama
Bayangkan dah lapar tahap naga, tapi bila sampai restoran, PENUH! Kena beratur panjang atau terpaksa duduk di luar sambil layan perut berbunyi.
Lagi parah kalau tak buat tempahan awal, alamatnya berbuka dengan air mineral jelah dulu!
Tip: Kalau dah plan nak berbuka di luar, tempah tempat awal-awal atau pilih tempat yang ada banyak ruang duduk. Alternatif lain, tapau je makanan siap-siap dan cari tempat yang lebih tenang untuk berbuka.
2. Menu Habis, Tak Dapat Makanan Yang Diidamkan
Dah mengidam nak makan ayam percik ke, nasi Arab ke, tapi bila sampai restoran, menu yang dihajati dah SOLD OUT!
Terpaksa ubah plan saat akhir dan cari alternatif lain, yang kadang-kadang tak kena dengan selera.
Tip: Datang awal sikit sebelum waktu berbuka atau buat pesanan lebih awal kalau restoran ada servis pre-order. Kalau tak sempat, pilih restoran yang ada banyak pilihan menu supaya tak kecewa.
3. Susah Nak Cari Tempat Solat Lepas Berbuka
Ini masalah paling besar bila berbuka di luar – nak solat Maghrib, tapi surau jauh atau penuh sesak!
Kalau pergi restoran biasa, ada yang tak sediakan tempat solat langsung, terpaksa cari masjid atau surau di kawasan sekitar. Bila dah kelam-kabut, solat pun tak khusyuk.
Tip: Pilih tempat makan yang menyediakan kemudahan surau supaya mudah untuk solat selepas berbuka. Antara tempat yang ada kemudahan surau termasuklah pusat beli-belah, restoran berhampiran dengan masjid atau restoran makanan segera terpilih.
Contohnya, seperti beberapa cawangan restoran Mekdi kini menyediakan surau untuk pelanggan Muslim yang ingin menunaikan solat dengan selesa. Jadi, tak perlu risau nak kejar masa atau cari tempat solat jauh-jauh!
Kami baru-baru ni ada singgah salah satu surau Mekdi yang terletak di Kota Damansara. Fasiliti surau Mekdi ni kami boleh katakan lengkap dan bersih pula tu.
Siap ada selipar untuk berwuduk, arah kiblat, cermin dan sejadah. Bilik solat lelaki dan perempuan pula berasingan, sangat selesa untuk beribadah.
So, lepas ni kalau korang keluar nak berbuka atau hang out dengan kawan-kawan tak payah stress nak cari tempat solat. Nampak je Mekdi korang boleh check, sama ada mereka menyediakan fasiliti solat DI SINI.
Bulan Ramadan sepatutnya jadi bulan yang tenang dan penuh keberkatan, jadi elakkan diri daripada stress dengan merancang awal. Yang paling penting, jangan sampai terlalu sibuk berbuka sampai terlepas perkara utama – ibadah dan kesyukuran di bulan yang mulia ini!
Jadi, korang pernah tak alami salah satu daripada masalah ni masa berbuka di luar? Kongsikan pengalaman korang di komen!