Perlawanan yang diadakan di Jepun adalah maha unik diantara satu pasukan membabitkan 100 orang pemain kanak-kanak, termasuk 10 penjaga gol, menentang pasukan dewasa yang hanya terdiri daripada tiga orang pemain.
Perlawanan ini merupakan salah satu tradisi di Jepun untuk setiap kali tahun baru dibuka.
Setiap tahun, tiga pemain dari pasukan kebangsaan Jepun akan dipilih untuk menentang pasukan yanh diwakili oleh 100 orang pemain kanak-kanak.
Tahun ini, tiga pemain kebangsaan yang terpilih ialah Hotaru Yamaguchi, Hiroshi Kiyotake dan Yosuke Ideguchi.
Biarpun nampak seakan tidak logik, namun pemain kebangsaan tersebut harus bersikap professional dan bermain untuk menang.
Ideguchi berjaya menjaringkan gol kemenangan menerusi satu tandukan, yang agak tinggi untuk ditepis oleh barisan penjaga gol cilik yang memenuhi kawasan gol.