3 Negeri Dijangka Tamat ‘Total Lockdown’ Minggu Depan

Trending

3 Negeri Dijangka Tamat ‘Total Lockdown’ Minggu Depan

Antara negeri yang dijangka beralih ke Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara (PPN) minggu depan ialah Perlis, Kelatan dan Teregganu. Keputusan yang diambil untuk menamatkan total lockdown dibuat oleh pentadbiran Putrajaya berdasarkan nilai ambang di negeri tersebut yang telah berjaya dilandaikan hasil Pelan Pemulihan Negara.

Menerusi maklumat yang diterima Astro Awani, perincian peralihan negeri tersebut sudah dibentangkan kepada Perdana Menteri baru-baru ini.

Advertisement

Ini bertujuan untuk mengelak negeri yang memberi perkembangan positif dalam fasa pemulihan terhalang ke fasa berikutnya kerana kes Covid-19 yang masih tinggi di negeri lain salah satunya negeri Selangor.

Justeru, langkah ini selaras dengan perancangan PPN yang lebih fokus dan bukan pendekatan one-size-fits-all. Fasa pertama kawalan pergerakan dilanjutkan disebabkan kes Covid-19 masih belum mencapai nilai ambang di bawah 4,000 kes selama tujuh hari sebelum beralih ke fasa seterusnya.

Langkah lebih khusus ini akan membolehkan negeri-negeri mencapai nilai ambang peralihan fasa dan dapat melonggarkan sekatan pergerakan dan aktiviti ekonomi.

Menerusi laman Twitter KKMPutrajaya, dilaporkan kes baharu Covid-19 di Malaysia sebanyak 6,276 kes dengan 2,836 kes baharu melibatkan di negeri Selangor pada 30 Jun 2021.

Sumber : Twitter KKMPutrajaya

Oleh itu, kerajaan juga dijangka akan mengambil langkah khusus untuk memperketat kawalan pergerakan di Selangor.

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...