3 Negeri Di Malaysia Bakal Tenggelam Menjelang 2050

Kehidupan

3 Negeri Di Malaysia Bakal Tenggelam Menjelang 2050

Suhu global dan paras laut semakin meningkat. Kota yang berada di pinggir pantai rendah kian mengalami bencana banjir dan usaha-usaha mencari solusi mengelakkan air pasang di persisiran pantai memasuki kota giat dilakukan.

Beberapa bandar besar dijangka akan tenggelam kerana peningkatan paras air laut secara perlahan-perlahan dan kita semua berisiko kehilangan tempat tinggal.

Advertisement

Menurut kajian yang dibuat oleh Nature Communication, dengan menggunakan Digital Elevation Models (CoastalDEM) menjelaskan bagaimana negara kita akan terjejas suatu hari nanti.

Keputusannya mengejutkan, ia menunjukkan bahawa 9 bandar di Malaysia akan tenggelam atau membentuk sebuah pulau pada tahun 2050.

Antara negeri-negeri yang bakal terjejas pada tahun itu adalah:

1. Perlis
2. Kedah
Kedah
3. Penang
Penang
4. Perak
Perak

5. Negeri Sembilan
6. Terengganu
Terengganu
7. Pahang
Pahanag
8. Kelantan
9. Sarawak
Sarawak

Berjuta penduduk Malaysia akan terkesan. Kebanyakan orang terpaksa berpindah dan segala projek perumahan dibazirkan, tanah perladangan rosak dan krisis kekurangan makanan melanda.

Bukan hanya Malaysia yang terjejas tetapi di peringkat global, populasi Asia (70%) adalah paling banyak terdedah kepada kenaikan paras air laut. Keadaan akan lebih teruk jika faktor lapisan ais tidak stabil diambil kira. -China, Bangladesh, India, Vietnam, Indonesia, Thailand, Filipina dan Jepun.

Keseluruhan bahagian selatan Vietnam, termasuk bandar Ho Chi Minh akan tenggelam pada tahun 2050. Bandar-bandar utama seperti Bangkok, Mumbai dan Shanghai akan lenyap.

Sebagai rakyat Malaysia, kita perlu memainkan peranan dengan mengurangkan sisa karbon dioksida dalam tabiat harian. Kejadian ini berkait dengan hidup dan mati kita semua.

Sumber: Twitter

 

 

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...

Comments are closed.