3 Minggu Dalam Kesengsaraan, Kebakaran Di LA Sejak 7 Januari Lalu Akhirnya Berjaya Dikawal

Dunia

3 Minggu Dalam Kesengsaraan, Kebakaran Di LA Sejak 7 Januari Lalu Akhirnya Berjaya Dikawal

Melalui laporan New York Post, selepas tiga minggu kawasan di Los Angeles iaitu di Palisades dan Eaton, California ‘dijilat api’, akhirnya kebakaran itu berjaya dikawal dan ia disahkan oleh pihak berkuasa California.

kebakaran di LA berjaya dikawal

Advertisement

Buat info untuk semua pihak, kebakaran yang melanda di kawasan Pacific Palisades tersebut telah memusnahkan hampir 24,000 ekar kawasan, selain merosakkan rumah-rumah selebriti Hollywood terkenal dan meragut nyawa 12 orang sejak 7 Januari lalu.

Dalam pada itu, di kawasan Eaton pula, api telah merebak seluas 14,000 ekar dan mengorbankan nyawa seramai 17 orang.

kebakaran di LA berjaya dikawal

Difahamkan, jika kebakaran kedua-dua kawasan di California itu digabungkan, sebanyak 16,000 struktur bangunan termasuk rumah dan perniagaan telah rosak.

berlaku kebakaran baru di LA
1 week ago

Los Angeles Sekali Lagi Terbakar, Pemindahan Besar-Besaran Dilakukan

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...