3 Lokasi Awesome Di Vietnam Yang Anda Boleh Terokai Musim Panas Ini

Hiburan

3 Lokasi Awesome Di Vietnam Yang Anda Boleh Terokai Musim Panas Ini

Pejam celik pejam celik, kita sudah pun berada di bulan Jun. Pantas sungguh kan masa berlalu? Apa perancangan anda musim panas ini? Takkan terperosok duduk di rumah je kan? Ha, apa kata kali ini kita sama-sama terokai keindahan dan keunikan Vietnam, sebuah lokasi percutian yang semakin mendapat tempat di kalangan rakyat Malaysia.

vietjet

Salah satu mercu tanda tertua Saigon, Ben Thanh menawarkan suasana dan pengalaman hebat yang mencerminkan keauthentikan rakyat Vietnam

Untuk makluman, syarikat penerbangan Vietjet Air kini menawarkan harga tiket murah, hadiah-hadiah percuma, aktiviti-aktiviti menarik dan macam-macam lagi benda best bersempena promosi “Summer Parade” mereka.

Advertisement

Menyambut keterujaan para pelancong yang ingin bercuti di musim panas ini, Vietjet telah melancarkan pelbagai aktiviti untuk memeriahkan lagi kempen “Fly for love – Show your summer version”. Jutaan tiket dari harga serendah RM0 kini ditawarkan kepada para pelancong yang ingin melawat dan meneroka pelbagai destinasi di seluruh Asia sepanjang musim panas ini. Tawaran SUPERB ini boleh direbut di www.vietjetair.com bermula dari hari ini.

vietjet

Hanya satu langkah sahaja lagi untuk anda menikmati pengembaraan yang pasti tidak akan dapat dilupakan di Vietnam

Dari 19 – 21 Jun 2019, para pelancong berpeluang merebut tiket serendah RM0 semasa “golden hours” iaitu dari jam 1pm sehingga 3pm SETIAP HARI. Tiket promosi ini adalah sah untuk kesemua penerbangan VietJet, sama ada domestik atau antarabangsa untuk tarikh penerbangan 20 Ogos sehingga 31 Disember 2019.

Bukan itu sahaja, hadiah istimewa turut menanti penumpang Vietjet yang tampil berani untuk terbang sambil menggayakan pakaian “cosplay” bermula dari 1 Jun sehingga 31 Julai 2019 ini. Sebagai sebuah syarikat yang ingin memberikan keterujaan buat para pelancong, kempen yang dianjurkan oleh Vietjet ini adalah sebahagian daripada usaha untuk mengalakkan kita keluar daripada “comfort zones” dan bertukar kepada “summer version” sebelum memulakan percutian menerokai dunia luar.

vietjet air

Serlahkan sisi “seronok” anda dan berpeluang membawa peluang cenderahati ekslusif Vietjet

Dengan Vietjet, rakyat Malaysia boleh terbang terus ke bandar Ho Chi Minh dan melawat bandar-bandar lain yang berdekatan dengannya untuk merasai sendiri betapa menariknya budaya, sejarah dan kemesraan rakyat Vietnam.

1. Ho Chi Minh City

Ho Chi Minh City adalah sebuah kota yang terbesar di Vietnam. Dulunya dikenali sebagai Saigon, kota besar ini sebenarnya menyimpan pelbagai kisah penting dalam sejarah Vietnam. Dari zaman pemerintahan Dinasti Nguyen hinggalah ke zaman penjajahan Perancis dan Peperangan Vietnam, di sinilah segala kesan-kesan lama hasil peninggalan era yang berlalu dapat dilihat.

ho chi minh

Notre Dame Cathedral, salah satu bangunan wajib dilawat ketika berada di Ho Chi Minh

Apa yang menjadikan Ho Chi Minh City lebih menarik adalah di sebalik peristiwa-peristiwa pahit ini, kota ini mampu membangun dengan penuh berani diperlihatkan daripada kewujudan bangunan-bangunan pencakar langit dan taman tema yang berhektar luasnya.

Kota ini juga merupakan salah satu tempat yang cukup terkenal dengan “street food”nya yang amat sedap. Di sini anda akan menikmati pelbagai jenis makanan dari gerai-gerai yang bertaburan di seluruh kawasan bandar. Kebiasaannya penduduk tempat akan duduk berehat di tepi jalan sambil menikmati semangkuk sup panas atau sepinggan nasi selepas seharian penat bekerja. Pastikan anda melawat Bui Vien Street serta kawasan sekitarnya untuk melihat sendiri suasana malam bandar Ho Chi Minh dan merasai kelazatan makanan tempatannya.

vietjet air

pemandangan Turtle Lake dari atas, memang memukau!!!)

Antara tempat-tempat menarik lain yang wajib anda lawati di Ho Chi Minh ialah Turtle Lake, War Remnants Museum, Dong Khoi Street, Opera House dan banyak lagi.

2. Mekong Delta

mekong delta

Bersiap sedia untuk pengembaraan menakjubkan untuk menghayati budaya tempatan dengan menaiki bot sepanjang Mekong River.

Sepadat mana pun jadual percutian anda di Ho Chi Minh, jangan lepaskan peluang untuk mendekati salah satu daripada sungai yang terpanjang di dunia, Mekong Delta. Sekitar kawasan sungai ini boleh dikatakan seperti dunia yang berbeza daripada kawasan lain di sekitar Ho Chi Minh.

Di sinilah anda dapat menyaksikan banyak kampung, pasar, dan sekolah yang terapung. Untuk menikmati pemandangan sekitar Mekong Delta anda boleh mendapatkan pakej menyusuri sungai daripada banyak pusat penginapan di bandar ini.

Cara lain? Cuba berbual dengan mana-mana penduduk setempat dan dapatkan khidmat sewaan bot mereka. Bermacam cara boleh digunakan untuk memuaskan jiwa adventure anda.

Jika ada kelapangan masa, anda boleh melawati bahagian lain Mekong Delta untuk memahami budaya tempatan dengan lebih mendalam. Salah satunya ialah Sóc Tr?ng, sebuah bandar dengan populasi terbesar kaum Khmer di luar Cambodia. Pasti ia akan menjadi satu pengalaman yang cukup mengujakan.

3. Da Lat

Kebanyakan pelancong menjejakkan kaki ke Da Lat untuk berehat dan kami faham tujuan tersebut. Terletak pada kedudukan 1,500 meter dari paras laut, cuaca nyaman bandar yang dikelilingi gunung-ganang ini pasti akan membuatkan anda rasa segar dan tenang sebaik sahaja tiba ke bandar ini. Pernah menjadi kawasan jajahan Perancis satu ketika dahulu, anda dapat melihat banyak binaan di bandar ini yang mendapat sentuhan negara barat tersebut, menjadikan ia latarbelakang yang sempurna untuk kaki-kaki Instagrammer.

Lebih-lebih lagi, sejak beberapa tahun kebelakangan ini, Da Lat semakin popular kerana mempunyai banyak kedai kopi serta homestays dengan rekaan yang unik dan menarik. Jika anda bercadang untuk melawat bandar ini, pastikan anda tidak terlepas untuk minum kopi di Kokoro Cafe, sebuah kedai kopi yang baru dibuka dengan sentuhan yang diinspirasi dari rekabina Jepun.

kokoro cafe

Kokoro Cafe, tempat lepak untuk para remaja yang trendy

Satu lagi lokasi menarik yang anda WAJIB lawati ialah Sunny Farm, sebuah kafe yang terletak di tempat paling tinggi di bandar ini. Kafe ini menawarkan pemandangan panorama yangpenuh dengan taman bunga dan kebun sayur-sayuran di bawahnya. Di sini anda akan bertemu dengan “Stairway to Heaven”, sebuah tangga sepanjang 8 meter yang naik ke atas, memberikan ilusi seperti anda sedang mendaki ke awan. Memang perfect untuk gambar Instagram anda.

stairway to heaven

smart gila kan gambar kat Stairway to Heaven nie?

Untuk anda yang lebih sukakan lokasi pelancongan tradisional, bolehlah membuat lawatan ke kebun-kebun bunga dan juga air terjun yang membuatkan Da Lat menjadi terkenal di kalangan pelancong.

vietjet

Terbang dengan harga serendah RM0 dengan promosi Vietjet Summer Parade ini

Jadi sekiranya anda belum merancang sebarang percutian sempena musim panas ini, pastikan anda tengok promosi “Summer Parade” dari Vietjet ini. Untung-untung boleh terbang percuma sebab ada jutaan tiket RM0 untuk kaki traveller. Maklumat lanjut boleh layari www.vietjetair.com. Selamat bercuti dan selamat jatuh cinta dengan Vietnam!!!

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...