3 Langkah Mudah Bersihkan ‘Blacklist’ PTPTN Sebelum Pergi Melancong

Trending

3 Langkah Mudah Bersihkan ‘Blacklist’ PTPTN Sebelum Pergi Melancong

Sejak ekonomi negara makin ‘tenat’ ni, makin ramai pula peminjam PTPTN gagal bercuti ke luar negara dek kerana telah disenarai hitamkan oleh bahagian pinjaman PTPTN.

Sungguh kecewa apabila disekat oleh pihak imigresen .Malah bertambah kecewa lagi apabila dipaksa bayar sejumlah wang di kaunter itu juga sekiranya ingin berlepas ke luar negara.

Advertisement

Dan baru-baru ini, Maukerja Malaysia telah berkongsi di Facebook mengenai langkah-langkah buang blacklist PTPTN yang telah mencapai 16K shares ketika artikel ini ditulis.

Baca step by step guide di bawah:

1. Semak status di laman web Jabatan Imigresen Malaysia

Hanya perlu masukkan nombor kad pengenalan anda dan jika keluar ayat “SILA RUJUK KE PEJABAT IMIGRESEN”, itu bermakna anda sudah kena block.

2. Semak nilai tunggakan untuk mengenalpasti berapa nilai yang anda perlu bayar

Anda perlu buka laman web PTPTN dan cari “SEMAKAN PENYATA PINJAMAN”.128bImage via Facebook / Maukerja Malaysia
Anda perlu masukkan IC dan akan keluar link “PENYATA KIRA-KIRA PEMBIAYAAN UJRAH”. Tekan link tersebut serta-merta.

Seterusnya, anda hanya perlu semak di bahagian baki

Bila sudah masuk ke akaun anda, semak di bahagian PENYATA BAKI.
Dari penyata tersebut anda akan tahu NILAI TUNGGAKAN anda. Jika mahu bersih dari senarai blacklist, wajib untuk membayar tunggakan tersebut.

Tetapi jangan risau kerana anda boleh berbincang dengan pihak PTPTN dan kebanyakan boleh membayar sekurang-kurangnya 25% daripada nilai tunggakan.

3. Sekarang beralih kepada langkah membuat pembayaran. Maybank2u cara termudah untuk melangsaikan hutang PTPTN kita.

Anda hanya perlu masuk ke akaun dan pergi ke “BILL PAYMENT”.
6264Image via postimg.org
Tekan pada “MAKE A ONE OFF PAYMENT”.
Pilih “EDUCATION & EDUCATION LOANS”

Seterusnya ialah memilih option PTPTN – Bayaran Balik Pinjaman Pendidikan

Seterusnya ialah membuat pembayaran. Diingatkan sekali lagi, anda perlu membayar sekurang-kurangnya 25% dari NILAI TUNGGAKAN atau ikut nilai yang anda dapat dari PTPTN.
Ingat,bercuti,bercuti jugak.Hutang jangan lupa bayar.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...