May 11th, 2015

Masa kecik-kecik dulu Abang Nara memang bermimpi untuk menjadi seorang superhero. Bila gaduh-gaduh manja dengan adik beradik yang lain, masing-masing ada superhero pilihan sendiri. Abang Nara punya superhero sudah tentu Superman. Kebal, boleh tembak laser ikut mata dan boleh terbang. Kalah Power Rangers, Ultraman dan juga Batman. Power!!!

panadol

gaya bukak baju macam nie memang wajib buat sebelum ‘pergaduhan’ bermula

Bila dah dewasa dan sedar akan realiti, barulah sedar semua itu angan-angan dan tak mungkin menjadi realiti. Impian ingin menjadi superhero Abang Nara buang jauh-jauh. Namun setelah bergelar seorang ayah kepada 2 orang anak, Abang Nara kini mempunyai 3 kuasa superhero yang amat awesome. Superman pun tak boleh celen. Silap-silap Superman pun boleh menangis tengok kehebatan Abang Nara.

1. Tukar diapers sambil tutup mata

pan

Ini kuasa superhero yang paling hebat. Bermula daripada pencarian diapers sehinggalah selesai pemakaian kepada anak-anak, semuanya dilakukan dengan mata terpejam. Masa yang diambil tidak lebih 3 minit.

2. Bancuh susu sebelah tangan

Sebelah tangan mendukung salah seorang anak, sebelah tangan lagi dengan begitu pantasnya membasuh botol susu, bubuh air panas serta air sejuk dalam sukatan yang tepa, kemudian memasukkan susu formula ke dalam botol dan akhir sekali, menggoncangnya dengan mengikut irama lagu “6 little ducks”. Kepantasan berubah mengikut kadar kekuatan tangisan anak.

3. Bawak anak pergi hospital dengan kepantasan cahaya

pan

Abang Nara ingat satu malam tue tiba-tiba suhu badan Arissa mencecah 39 darjah celcius. Berderau darah dibuatnya. 5 minit bersiap, Abang Nara terus memecut kereta ke hospital. Selalu perjalanan ke hospital mengambil masa sejam lebih. Namun malam itu Abang Nara buat setengah jam je. Rekod baru. Memang power!!! (jangan tiru aksi ini di rumah)

Banyak lagi kuasa superhero selaku seorang ayah yang Abang Nara miliki. Antaranya memandikan anak dalam masa 2 minit. Menidurkan anak di stroller di tengah-tengah shopping mall. Menjadi pengawal peribadi yang mempunyai kuasa refleks tahap tertinggi ketika anak bermain di taman. Kesemua ini hanya muncul apabila lahirnya Aariz, si anak sulung. Dan kuasa itu bertambah kuat dengan kehadiran Arissa, anak nombor dua. Macam upgradelah kiranya nie.

pan

ini kuasa menolak 2 stroller sekaligus tanpa terpesong atau terlanggar orang. Straight je!!!

Walaupun sudah mempunyai kuasa superhero, Abang Nara tetap seorang manusia biasa. Kadangkala bila tenaga dah habis, badan dah amat penat, maka kepala pun mulalah sakit. Pening, berdenyut-denyut sampai tak boleh nak uruskan anak-anak. Abang Nara tak suka sakit lama-lama nie. Kesian kat wife yang kena jaga anak sorang-sorang. Jadi bila badan sakit-sakit dan kepala pening, memang Abang Nara akan ambil 2 biji Panadol untuk memberi kelegaan segera. Berkesan!!!

pan

Panadol sememangnya salah satu jenama yang amat dipercayai di seluruh dunia dalam mengurangkan kesakitan secepat mungkin. Salah satu sebab Abang Nara suka Panadol ialah kerana ia boleh diambil ketika perut kosong. Tak perlu nak makan dulu. Dijamin takkan ada rasa perit di perut. Selain itu Panadol akan keluar dari badan kita secara natural selepas 24 jam dan diserap dalam badan dua kali lebih cepat berbanding paracetamol biasa. Selalunya setengah jam lepas makan Panadol (feveret Abang Nara Panadol Actifast), sakit kepala Abang Nara memang akan hilang dan kuasa superhero akan muncul semula. #LifeReplacesPain #PanadolActifast.

Abang Nara percaya ramai ayah-ayah dan ibu-ibu di luar sana pun mempunyai kuasa superhero mereka yang tersendiri apabila menguruskan anak-anak. Nasihat Abang Nara apabila badan dah mula sakit dan kepala terasa nak pening, jangan biarkan tanpa sebarang rawatan. Terus ambil Panadol. Confirm sakit pun hilang sekaligus membolehkan diri anda dan anak-anak menikmati kehidupan dengan lebih bermakna. Tak gitu?


Comments are closed.

Loading...