Di bulan Ramadhan, lebih-lebih lagi di 10 hari terakhir ini, kita digalakkan untuk melakukan amal kebaikan untuk meraih pahala sebanyak mungkin. Antara caranya ialah bangun tahajud, banyakkan membaca Al Quran, bersedekah serta memberi makan kepada orang yang berpuasa. Insya Allah jika niat kita ikhlas, pahala yang akan diterima adalah berlipat kali ganda, lebih-lebih lagi jika jatuh di malam Lailatul Qadar.
Abang Nara tertarik dengan cara memberi makan kepada orang yang berpuasa. Kalau dalam bahasa modennya, kira macam belanja orang berbuka lah. Banyak kelebihan, keistimewaan dan kenikmatan yang boleh diperolehi dengan melakukan perkara ini. Antaranya:-
1. Mendapat pahala seperti orang yang berpuasa
Sesungguhnya memberi makan kepada orang yang berpuasa membolehkan kita mendapat pahala seperti orang yang berpuasa. Banyak hadis-hadis yang menceritakan kelebihan melakukan kebaikan ini. Lebih afdal jika kita memberi makanan kepada mereka yang berpuasa dalam keadaan daif, tidak cukup makanan dan mereka yang berjuang di jalan Allah. Contohnya seperti umat Islam di Cambodia, Thailand, Indonesia, Bangladesh dan India yang jarang dapat makan dengan juadah sempurna ketika berbuka.
2. Memperolehi rezeki yang berlipat kali ganda
Walaupun memberi makan kepada mereka yang memerlukan di bulan Ramadhan ini mungkin memerlukan wang ringgit yang berjumlah agak tinggi, sesungguhnya pulangan yang bakal diterima amat lumayan. Seperti yang kita tahu, sedekah itu akan membuka pintu rezeki yang lain. Mungkin bukan dalam bentuk wang ringgit. Insya Allah kita mendapat kelebihan dalam bentuk kesihatan, kebahagiaan dan ketenangan hidup.
3. Membuatkan diri berasa insaf, syukur dan gembira
Abang Nara tak tahu anda akan rasa bagaimana, tetapi diri ini akan rasa insaf, syukur dan gembira sekiranya dapat membantu umat Islam berbuka puasa dengan juadah yang lengkap. Lebih-lebih lagi jika ramai anak-anak kecil yang turut sama menjamu selera. Timbul juga keinsafan melihat kesusahan umat Islam serata dunia, sekaligus menyebabkan diri bersyukur dengan keadaan Islam di Malaysia.
Di kesempatan ini, Abang Nara ingin mengajak anda melakukan ibadah akikah dan majlis berbuka puasa untuk umat-umat Islam yang kurang bernasib baik di seluruh dunia seperti di India, Bangladesh, Rohingya, Filipina dan banyak lagi. Perkhidmatan ini disediakan oleh Zabeeh Services Sdn Bhd yang telah lama berkecimpung dalam bidang ini. Jadi keprofesionalan mereka tidak perlu diragui lagi. Insya Allah pahala yang bakal diterima adalah berlipat kali ganda, lebih-lebih lagi 10 hari terakhir Ramadhan ini. Jangan lupa layari www.zabeeh.com.my dan juga Facebook Zabeeh-Qurban &. Aqiqah Online untuk membuat tempahan hari ini juga. Masih sempat lagi ini sebelum tamatnya Ramadhan. Sama-sama kita beribadah.