Gosip cinta antara Nora Danish dan duda, Mickey Ayo, baru-baru ini mencetuskan perbincangan hangat di media sosial.
Beberapa netizen, terutamanya di Threads, meluahkan rasa tidak setuju dengan hubungan tersebut, ada yang menyatakan, “Nora Danish silap pilih pasangan.”
Mereka berpendapat bahawa Nora sepatutnya lebih berhati-hati dalam memilih pasangan hidup, sementara yang lain pula berharap agar dia diberi ruang untuk membuat keputusan peribadi tanpa campur tangan orang ramai.
Sepertinya ramai yang tidak ‘merestui’ hubungan yang sedang hangat diperkatakan ini sementelah keduanya dikatakan pernah gagal dalam perkahwinan sebelum ini