Baru-baru ini, personaliti media sosial iaitu Umisya Mazlan meluahkan rasa syukur kerana telah selamat melahirkan cahaya mata ketiga tanpa alami sebarang kesakitan.
Umisya selamat bersalin anak ketiga
Dapat dilihat dalam hantaran yang dimuat naik di platform TikTok itu, Umisya berkongsikan detik-detik sebelum melahirkan bayinya bersama suami, Aslam.
Katanya, dia pergi ke klinik untuk melakukan check-up tetapi doktor memaklumkan bahawa bukaan sudah terbuka seluas 6cm.
Saya tiada rasa sakit apa-apa langsung ketika itu.
Dalam pada masa yang sama, Umisya meluahkan rasa syukur juga kerana Allah mempermudahkan proses melahirkan.
Netizen minta Aslam ingat pengorbanan isteri
Meninjau di ruangan komen hantaran berkenaan, rata-rata netizen berharap agar Aslam mengingati pengorbanan isteri pertamanya itu selepas tiga kali melahirkan anak mereka.