3 Hari Tambahan Cuti Sekolah Sempena Deepavali, Tak Perlu Diganti

Trending

3 Hari Tambahan Cuti Sekolah Sempena Deepavali, Tak Perlu Diganti

Kementerian Pendidikan Malaysia menerusi surat siarannya bilangan 19 Tahun 2015 menyebut, bahawa cuti perayaan Deepavali telah diselaraskan bagi sesi persekolahan 2016 diberi cuti sekolah tambahan selama tiga hari.

Advertisement

Kementerian Pendidikan Malaysia melalui surat siarannya bilangan 19 Tahun 2015, menyelaraskan bahawa cuti perayaan Deepavali bagi sesi persekolahan tahun 2016 diberi cuti sekolah tambahan selama tiga hari.

Menerusi kenyataan di MOE, tarikh cuti perayaan itu sudah diselaraskan bagi sesi persekolahan tahun 2016, yang membabitkan perayaan Tahun Baru Cina, Hari Raya Aidilfitri dan Deepavali.

Cuti sekolah bagi perayaan Deepavali sudah ditetapkan iaitu bermula pada 29 Oktober sehingga 1 November 2016 bagi negeri Kedah, Johor, Kelantan dan Terengganu.

Manakala cuti perayaan bagi sekolah di negeri Perlis, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Pahang, Sabah, Sarawak, Wilayah Persekutuan Labuan dan Putrajaya, bermula pada 28 Oktober Sehingga 1 November 2016.

Katanya, semua sekolah hendaklah mematuhi cuti perayaan yang diperuntukkan Kementerian dan cuti berkenaan tidak perlu diganti.

Sumber : BH OnlineMOE

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...