(3 GAMBAR)Wanita Mengandung Ditahan Kerana Berselfie Dengan Pakaian Yang Dicuri Di Facebook

Trending

(3 GAMBAR)Wanita Mengandung Ditahan Kerana Berselfie Dengan Pakaian Yang Dicuri Di Facebook

Seorang wanita mengandung ditahan setelah memuat naik selfie dirinya sedang menggayakan pakaian yang dicuri beberapa jam sebelumnya dari sebuah kedai ke laman Facebook.

Danielle Saxton, 27, dari West Frankfort, Illinois, AS, didakwa telah melakukan demikian bulan lepas.
ad_141165224
Pemilik kedai percaya Danielle keluar dari Mortie’s Boutique dengan sejumlah barangan termasuk satu gaun baru, beberapa helai kemeja dan barang kemas tanpa membuat sebarang bayaran. Dia kemudiannya pulang ke rumah dan memuat naik gambar-gambarnya mengenakan baju curi itu ke Facebook.
ad_141091141
Pemilik bersama butik itu, Kert Williams, juga menggunakan media sosial untuk mengesan pakaian yang dicuri itu, mengatakan yang dia terserempak Danielle sedang keluar dari butik apabila dalam perjalanan pulang ke kedai.

Advertisement

Dia memberikan alasan yang tiada siapa menjaga kedai. Kami sedang bekerja di bahagian belakang, jadi dia fikir dia boleh ambil pakaian itu begitu saja.

Williams mengambil gambar dari kamera keselamatan dan memuat naik gambar itu ke laman Facebook kedai tersebut, meminta orang ramai membantu beri maklumat.
ad_141165225
Memandangkan Frankfort ialah sebuah bandar yang kecil (kurang dari 10, 000 penduduk), penduduk tempatan kemudiannya memberikan maklumat tentang Saxton.

Saxton ditahan tidak lama kemudian.

Ketua Polis, Shawn Talluto memberitahu, pencuri yang gemar berselfie itu masih memegang pakaian curi ditangannya ketika ditahan, dan wanita itu juga dikehendaki kerana satu waran lain di Jackson County.

Dia dibebaskan tanpa ikat jamin dan perlu hadir ke mahkamah pada satu tarikh yang ditetapkan untuk pendakwaan.

Moral berita ini? Jangan muat naik selfie anda dalam pakaian curi ke Facebook. Dan sudah tentu, jenayah membawa padah. Jauhi jenayah!

Laporan asal: WPTV

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...