(3 GAMBAR)Wanita China Terjun Tasik Kerana Suami Tidak Mahu Belikannya Beg Tangan

Trending

(3 GAMBAR)Wanita China Terjun Tasik Kerana Suami Tidak Mahu Belikannya Beg Tangan

Seorang wanita di Dezhou, wilayah Shandong mengugut untuk membunuh diri dan terjun ke sebuah tasik apabila suaminya menolak untuk membeli sebuah beg tangan yang diinginkannya.
jump-lake2

Menurut polis, wanita itu berada dalam air di sebelah tenggara Tasik Mingyue apabila sekumpulan orang mendekatinya dan cuba memujuknya untuk naik ke darat, lapor hmting.com. Salah seorang saksi kejadian yang bernama Zhang memberitahu pemberita:

Advertisement

Dia sudah berada dalam air yang dingin itu selama 20 minit, dia akan jatuh sakit jika dia tidak naik.

Polis tiba dan mencampakkan pelampung kepada perempuan itu supaya dia tidak tenggelam, tetapi dia tidak mahu berpaut pada pelampung.
jump-lake3
Sebaik saja polis mendapati suami wanita itu ada dalam kumpulan manusia yang mengelilingi isterinya mereka meminta supaya lelaki itu memujuk isterinya untuk naik. Sebaliknya lelaki itu meradang dan menengking meminta isterinya naik ke tebing.
jump-lake1
Tidak lama kemudian, lelaki itu terjun ke dalam tasik. Bukan untuk menolong isterinya, tetapi membenam wanita itu ke dalam air. Dia memegang leher wanita itu dan menekannya ke dalam air. Polis kemudian terjun ke dalam air untuk masuk campur dan menghalang lelaki itu. Wanita itu kemudiannya memberitahu polis:

Suami saya dera saya setiap masa di rumah dan dia memang biasa pukul saya. Saya ugut untuk bunuh diri bukan saja kerana beg tangan tetapi kerana semua penderaannya terhadap saya.

Man is least himself when he talks in his own person. Give him a mask, and he will tell you the truth – Oscar Wilde

Posted by Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara on Monday, 22 June 2015

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...