Sewaktu berusia 15 tahun, Krystina Butel pergi bercuti dan memutuskan untuk membayar seseorang bagi melukis karikatur dirinya. Dan dia nampaknya sangat sukakan lukisan itu sehingga sanggup menghabiskan kira-kira RM 600, 000 untuk kelihatan seperti karikaturnya.
Kini berusia 30 tahun, Krystina telah melakukan lima pembedahan payudara, suntikan botoks di bibir, pemutihan gigi dan solekan separa kekal supaya kelihatan seperti lukisan. Menurut Krystina yang merupaan pemilik salon di West Yorkshire:-
Pertama kali lihat lukisan itu saya rasa cemburu. Dia nampak sungguh glamor. Saya ingin jadi dia.
Bukan saja Kristina berbelanja besar untuk mendapat wajah seperi karikatur, dia juga nampaknya masih belum berpuas hati dan masih ada yang mahu diubahnya.
Perancangan terdekat Krystina termasuklah meninggikan kening, implan punggung, membesarkan lagi payudara serta lebih suntikan botoks, filler dan implan bibir yang lebih besar.
Tunang Krystina mahupun ahli keluarga tidak menghalang keputusannya malah menyokongnya, tetapi dia sering menerima komen yang menyakitkan hati dari orang ramai tentang wajahnya.
Bagaimanapun, wanita itu enggan peduli dan meneruskan saja kehidupannya.
Krystina turut memberitahu yang apabila tua nanti, dia akan terus melakukan pembedahan bagi mengekalkan wajah yang sama.
Laporan asal: Mirror UK