(3 GAMBAR)Remaja Hilang Berat Sebanyak 35kg Setelah Diejek ‘Gemuk’ Di Jalanan

Trending

(3 GAMBAR)Remaja Hilang Berat Sebanyak 35kg Setelah Diejek ‘Gemuk’ Di Jalanan

Laura Frankham yang kadangkala makan malam sehingga dua kali, berasa bengang diejek orang yang tidak dikenali di jalanan tentang kegemukannya sehingga membuat keputusan drastik untuk menurunkan berat badan.

laura-frankham-cabbage-soup-diet-413424

Advertisement

Bekerja di taska, Laura, 19, mencapat berat badan paling berat iaitu 102 kg dan memakai pakaian saiz 20 setelah bertahun-tahun makan dengan banyak kerana masalah keyakinan diri. Dalam masa setahun, Laura berjaya menghilangkan berat sebanyak 35 kg dan kini mengenakan pakaian saiz 10.

Saya banyak makan makanan ringan, coklat dan snek bergula lain. Kadangkala saya makan malam dua kali–saya makan di rumah kawan terlebih dahulu dan kemudian makan makanan yang ibu saya masak di rumah. Ia menjadi semakin sukar dikawal.

Setelah diejek di sekolah dan di jalanan Laura sedar dia perlu membuang lebihan lemak di tubuhnya.

Di sekolah saya digelar ‘gemuk’. Apabila di jalanan pun saya dipanggil dengan gelaran begitu saya sedar perlu turunkan berat badan.

Laura berasa murung dengan berat badannya sehingga dia malas keluar rumah.

Keseluruhan artikel dengan membaca entri ini sepenuhnya.

Saya sangat tidak yakin dengan diri dan punya keyakinan rendah, saya jadi kera sumbang–diajak ke parti tetapi tidak pergi kerana tidak gembira dengan berat badan saya. Dulu saya selalu makan makanan yang banyak karbohidrat dan keju dengan banyak–lemak binatang pun saya gemar.

Sebelum memulakan dietnya pada musim luruh tahun 2012 dia sering makan sandwic bakon untuk sarapan, sandwic berdaging dan snek bergula untuk makan tengahari dan makan makanan tinggi kalori untuk makan malam sehigga dua kali seperti pai Shepherd dengan keju.

cabbage-slimmer-laura-frankham-weight-loss-171778

Dia juga akan makan kerepek dan manisan sepanjang hari.

Laura memulakan diet degan makan sup kobis sahaja selama seminggu. Dalam masa itu, dia berjaya menghilangkan 3.2 kg. Kemudian, setiap minggu dia hilang 1.8 kg dengan konsisten, disertai dengan sesi bersenam Wii Fit yang dilakukannya.

laura-frankham-cabbage-soup-diet-171772

Dia kemudian menghentikan diet sup kobis dan mula makan bijirin untuk sarapan, buah dan yogurt untuk makan tengahari serta ayam, sayur dan kentang untuk makan malam.

Untuk snek, dia hanya makan buah segar.

Pada September 2013 Laura telah hilang sebanyak 35 kg dan kini beratnya ialah 67 kg. Dia tidak lagi mengalami masalah rendah diri.

Saya lebih gembira kini kerana telah menguruskan badan–saya lebih yakin dan menjalani kehidupan sosial yang lebih sihat.

Saya bercadang untuk hilangkan sedikit lagi berat, tetapi tak mahu banyak sangat.

Laporan asal: Daily Star

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...