Sekumpulan penduduk di kampung Jinshicun, wilayah Hunan di China telah mencuba rawatan alternatif kanser: air rendaman baja.
Kedengaran menjijikkan, namun sekurang-kurangnya 20 isirumah telah mencuba penawar ini setelah seorang nenek yang tinggal di kampung itu sembuh dari kanser paru-paru kerana minum air rendaman baja selama lapan bulan (bagaimana beliau mula-mula dapat idea sebegitu tidak dapat dipastikan).
Penduduk kampung mengumpulkan baja tahi kambing dan lembu untuk dijemur, kemudian mereka akan menggoreng baja tadi sebelum ia dijadikan serbuk. Sesudu baja yang dicampur segelas air panas diminum dua kali sehari untuk mendapatkan hasil.
Sumber: China
.