Dengan wajah eksotik Pan-Asiannya, tubuh yang mantap, personaliti yang ceria dan ketangkasan – serta bakat yang besar, Natassia Malthe ialah seorang aktres yang wajar diberi perhatian. Jadi tidak hairan yang dia telah dipilih oleh KRU Studios untuk menerajui watak wanita utama dalam filem epik Hollywood, Vikingdom. DailyChilli melaporkan, juga satu bonus bagi jelitawan dari Norway itu, yang pernah membintangi filem-filem Hollywood seperti Elektra, Bloodrayne 2 & 3 dan DOA: Dead or Alive kerana mempunyai kaitan dengan Malaysia. Katanya ceria:-
Ibu saya berasal dari Kota Kinabalu, Sabah. Dia bertemu ayah saya, seorang rakyat Norway dalam perjalanan ke Toronto (Canada). Tetapi saya hanya pernah datang ke Malaysia sekali—selama 6 jam untuk sebuah iklan syampu. Tapi itu sudah lama dulu.
Bayangkan keseronokannya apabila dia menerima skrip filem Vikingdom, dan peluang untuk tinggal di negara ini selama dua bulan bagi menjalani penggambaran filem period dengan bajet besar itu.
Apabila projek itu datang, saya fikir ‘Wow. Saya berdarah separuh Norway dan separuh Malaysia, dan cerita ini ditulis dengan baik sekali. Saya suka menjadi satu-satunya perempuan di antara lelaki-lelaki, dan membelasah mereka.
Diarahkan oleh Yusry KRU, Vikingdom adalah kisah pahlawan Viking, Eirick (Dominic Purcell dari Prison Break, The Killer Elite), yang perlu menghadapi masa silamnya yang penuh keganasan dan menghunus pedang untuk melawan seorang separuh-dewa yang berkuasa (Conan Stevens dari The Hobbit). Filem bergenre kembara-aksi ini meletakkan Natassia sebagai Brynna, sekuntum bunga di antara duri dan seorang penggoda.
Karakter saya (dalam Vikingdom) ialah seorang yang berprinsip dan berintegriti. Dia membelasah ramai Viking yang berbadan besar. Ia satu tugas besar.
Memandangkan dia ialah seorang atlet profesional dan seorang penari ballet, Natassia yang berusia 37 tahun berkata dia tiada masalah melakonkan aksi lasaknya sendiri. Katanya berseloroh:-
Semasa saya berlakon dalam Dead or Alive, saya berlatih dengan sengat keras selama 5 jam setiap hari, dan saya tidak perlu bersenam selama 2 tahun selepas itu.
Lagi 2 gambar Natassia dengan membaca gosip ini sepenuhnya.
***
Norman KRU dari KRU Studios akan memberikan ceramah untuk Seminar Pengurusan Amalan Terbaik Badan Bukan Kerajaan pada 26 November 2011, 8.30 pagi di Hotel Putra, KL. Tajuk ceramah beliau ialah Pembangunan Audien, Pemikiran Kreatif & Pengurusan Berkesan.