(3 GAMBAR)Melecur Teruk Selepas Rawatan ‘Membunuh Lemak’ Dari Ahli Kosmetik Tanpa Tauliah

Trending

(3 GAMBAR)Melecur Teruk Selepas Rawatan ‘Membunuh Lemak’ Dari Ahli Kosmetik Tanpa Tauliah

Selepas melalui proses perceraian yang menyakitkan, Sarah Hall mahu meningkatkan keyakinan diri dengan menjalani rawatan kosmetik. Dia telah memilih untuk mengurangkan lemak dalam badan dengan menjalani satu rawatan kosmetik untuk pelangsingan badan.

Tetapi keputusan yang dilakukannya menyebabkan dia pulang ke rumah, tidak dengan tubuh yang langsing, sebaliknya badannya melecur kesakitan dan berkemungkinan mendapat parut kekal.

Advertisement


 photo article-2560143-1B84280C00000578-463_306x558.jpg

Selepas menjalani ‘sesi’ tersebut, barulah Sarah, 33, mendapati bahawa staf klinik kulit Starbright yang menjalankan prosedur ‘pembekuan lemak’ untuknya bulan lepas, sebenarnya hanya dilatih dalam menggayakan rambut.

Kes ini timbul minggu lepas apabila Kerajaan Britain dikritik hebat oleh orang ramai kerana gagal mengawal industri rawatan kosmetik.

Sarah kini sedang mempertimbangkan untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap klinik tersebut.

Sebelum ini, Sarah telah menjumpai satu laman sesawang baucer diskaun di mana satu sesi pelangsingan badan yang biasanya bernilai £1,200 telah diturunkan harga kepada £169 untuk merawat dua bahagian perutnya.

Ini didakwa sebagai salah satu rawatan alternatif selain proses menyedut lemak, di mana mesin digunakan untuk membekukan sel lemak melalui kulit sehingga ia mati dan dimetabolisasikan oleh badan.


 photo article-2560143-1B8427BF00000578-468_634x240.jpg

Tetapi dalam masa hanya beberapa jam, kulit perut Sarah bertukar dari rasa sejuk dan kaku kepada panas membara dan merah menyala. Inflamasi yang dirasakan menyebabkan dia merasa sangat sakit.

Baca keseluruhan artikel selepas ‘jump’.


Pasangan manakah yang bakal menjuarai Planet Joget Musim Pertama yang bakal merebut hadiah bernilai RM100,000/=? Nantikan malam ini jam 9.00 malam di TV1!


Dia menghubungi klinik tersebut dan menghantar gambar lecur yang semakin kehitaman di abdomennya. Tetapi klinik tersebut memberitahu:

Kami tahu ia muncul kadangkala selepas rawatan tetapi ia nampak seperti jangkitan luaran.

Klinik tersebut menasihatkan Sarah untuk memastikan kawasan yang melecur dibersihkan dan makan ubat penahan sakit. Seterusnya, mereka mencadangkan dia menyapu krim antibiotik di perut.

Seminggu kemudian, Sarah yang kecewa menemui doktor kerajaan, yang mengesahkan yang kulitnya melecur serius dan ianya sama seperti radang dingin (frostbite). Doktor tersebut hanya boleh memberikan Sarah krim yang mengelakkan jangkitan.

Saya rasa pedih berterusan selama enam hari di mana kulit saya merah dan saya tidak dapat keluar bekerja atau tidur. Kini, saya tidak pasti sama ada saraf kulit saya telah rosak kerana bila saya tekan kulit yang melecur sebelum ini saya tak dapat rasa apa-apa.

Ketika dihubungi oleh DailyMail pengurus klinik Glenn Priangle mengaku ahli terapi yang menjalankan rawatan terhadap Sarah hanya memiliki kelayakan sebagai penggaya rambut. Kemudiannya, dia cuba menarik semula kenyataannya dengan mengatakan kenyataannya sebelum itu salah kerana dia ingin memberikan jawapan dengan cepat. Dia juga memberitahu yang ahli terapinya telah diberi latihan lengkap untuk mengoperasikan mesin tersebut.

Menurut Dailymail, selagi tiada tindakan penguatkuasaan, individu yang tiada latar belakang perubatan–termasuklah penggaya rambut–akan terus menawarkan prosedur rawatan kosmetik tanpa tauliah di Britain.

Malah Nigel Mercer, bekas presiden Persatuan Estetik dan Pembedah Kosmetik British mempercayai kes Sarah sekali lagi menyerlahkan bagaimana rakyat British terdedah kepada bahaya mendapatkan rawatan kecantikan dari ‘pengamal kosmetik koboi’.

Nigel berkata:

Panduan baru dari Jabatan Kesihatan masih gagal melindungi pesakit. Ia masih membuat kita percaya ahli kosmetik tanpa tauliah masih boleh diberikan tanggungjawab menjalankan mesin perubatan estetik yang kini telah menyebabkan seorang wanita mengalami akibat parut kekal seumur hidup.

Dan keterlibatan laman baucer juga mengarut, Ia tidak sepatutnya mengiklankan rawatan perubatan estetik.

Sarah menambah:

Saya tidak mengharapkan keajaiban, cuma inginkan satu permulaan yang baik supaya saya boleh memulakan rutin kesihatan dan saya tidak menemui testimonial yang negatif tentang rawatan ini.

Sarah kini rasa menyesal kerana ingin meningkatkan keyakinan diri, dia kini tidak boleh membuka baju di hadapan sesiapa tanpa rasa segan akibat parut besar di perutnya. Mungkin dari awal dia patut sedar yang mesin itu tidak boleh membezakan sel lemak dan sel kulit untuk ‘dibunuh’?

Masalah yang dihadapi oleh Sarah juga adalah masalah yang dihadapi rakyat negara ini. Terdengar juga cerita tentang individu negara ini yang mendapatkan rawatan filler dan botoks dari pengamal estetik tanpa tauliah sehingga hasilnya muka pelanggan membengkak dan kelihatan seperti ikan ‘flowerhorn’.

Tetapi ramai orang sanggup buat apa saja kerana mahu kelihatan cantik dan kacak. Apa pendapat anda?

Laporan asal: Dailymail UK

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...