Seorang wanita yang menderma sebelah buah pinggang pada suami yang sakit kini mahukan kembali buah pinggangnya.
Andy Lamb, hampir menemui ajal kerana kegagalan buah pinggang dan hanya terus hidup kerana tiga sesi dialisis seminggu di hospital sehinggalah isterinya, Samantha, memujuk beliau untuk mengambil salah satu buah pinggangnya.
Ibu berusia 41 tahun itu memberitahu Sunday People:
Dia perlukan buah pinggang baru atau dia akan mati. Dia menjalani tiga sesi dialisis seminggu. Saya beritahu Andy dia patut ambil buah pinggang saya kerana dia ada tiga anak dari perkahwinan sebelum ini dan dia mahu terus berada di sisi mereka.
Pasangan itu bertemu sewaktu keduanya bekerja sebagai pemandu untuk satu firma ambulans swasta. Mereka mula keluar bersama pada tahun 2004 dan pernah putus hubungan, bagaimanapun mereka berkahwin pada tahun 2007.
Setelah mendermakan buah pinggangnya, Samantha menyesali keputusannya kerana dia mengesyaki suaminya menjalinkan hubungan dengan kawan Samantha yang bernama Clare. Dia menanyakan kepada Andy tentang perkara tersebut tetapi dinafikan oleh Andy.
Pasangan itu cuba untuk menyelamatkan perkahwinan mereka tetapi Samantha mendakwa selepas itu dia menjumpai bukti yang suaminya berbual online tentang seks dengan wanita lain.
Andy meninggalkan Samantha pada bulan Ogos 2012 dengan memindahkan semua barangnya keluar rumah sewaktu Samantha sedang bekerja di Tesco pada suatu malam. Andy meninggalkan kunci rumahnya dalam peti surat.
Pasangan ini kini sedang dalam proses perceraian.
Sekiranya saya berpeluang buat semula pembedahan itu saya akan lakukan, tetapi saya takkan beri buah pinggang saya pada dia.
Saya bencikan dia.
Kalau boleh saya mahukan buah pinggang saya semula untuk diberikan pada orang lain yang memerlukan.
Andy ketika ditemubual tetap menafikan menjalankan hubungan rahsia dengan rakan Samantha tetapi tidak menafikan dia telah meninggalkan Samantha.
Saya tidak pernah minta dia derma buah pinggangnya kerana ia risiko yang besar. Walaupun telah meninggalkan dia, saya tetap berhutang nyawa dengannya.
Sewaktu dia belum menjalani operasi Andy berkata:
Sam lakukan semua ini untuk saya dan saya takkan lupakan semua ini. Dia seorang yang mengkagumkan dan fantastik. Saya tak dapat nak gambarkan dengan kata-kata, tetapi jika dia dermakan buah pinggangnya dia memberikan saya hadiah nyawa.
Laporan asal: Dailymail UK