Gambar-gambar yang menunjukkan seorang lelaki China memberi makanan kepada isterinya dari mulut ke mulut telah menjadi viral baru-baru ini.
Zhang Changshan, 79, dari Zhuozhou, wilayah Hebei dilaporkan mengunyah makanan isterinya sebelum menyuapkannya terus ke mulut isterinya dari mulutnya setiap kali waktu makan sejak 11 tahun yang lepas setelah isterinya mendapat serangan strok dan lumpuh pada tahun 2003.
Zhang memberitahu pemberita yang doktor berkata dia mungkin hanya boleh bertahan sebulan selepas diserang strok, Bagaimanapun, Zhang membawa isterinya pulang ke rumah dan belajar teknik mengurut cina untuk mengurut isterinya setiap hari.
Khabarnya wanita itu masih hidup sehingga kini kerana jagaan suaminya.
Namun begitu, kami berpendapat mungkin seseorang perlu beritahu Zhang tentang pemproses makanan atau pengisar.